Assalamualaikum wbt. Pernah makan nasi kerabu? Kalau kat pasar malam memang selalu ada nasi kerabu ni. Makanan tradisi Kelantan katanya……… Tapi kalau NASI ULAM? Awak biasa makan tak?

Aku belajar makan nasi ulam ni masa hayat arwah opah masih ada. Arwah suka ajar aku makan makanan yangr rare atau jarang orang buat. Tak ramai pandai makan nasi ulam ni tapi bagi je kat aku, sebab aku suka! Bagi saja masakan kampung, insyaAllah mampu mengalir laju dalam tekak ni.

Walaupun banyak resepi yang boleh di-Google, aku masukkan juga resepi ni dalam entri mengikut cara mama buat.

Nasi ulam utara

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram nasi putih
  • 40 gram ikan bilis
  • 30 gram lengkuas
  • 30 gram halia
  • 3 biji bawang merah
  • 6 batang serai
  • 30 gram cili kering
  • 1 sudu besar kerisik – ditumbuk halus
  • Daun-daun Ulam
  • 3 helai daun kunyit
  • 6 helai daun kadok
  • 2 ikat daun selom
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA

  1. Semua bahan-bahan daun dihiris halus, macam bunga rampai.
  2. Nasi yang dah sejuk digaulkan dengan garam.
  3. Gaulkan pula dengan bawang, serai, lengkuas halia, cili kering yang diracik halus serta kerisik.
  4. Gaulkan pula dengan ulam. Siap!

Kalau aku makan begitu je… tak payah lauk dah.. Ada jugak yang makan dengan ikan goreng… ohh nostalgia dengan arwah opah menggamit kembali… sebak rasanya, tak dapat kucup arwah kali terakhir sebelum dia menutup mata… al-fatihah…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Kari Ayam Hijau Ala Thai – THAI GREEN CURRY

Pencarian resepi :

RESEPI NASI ULAM UTARA Paling Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *