Assalamualaikum…

Cakkkk…morning to all of you…Semalam hujan lebat di Penang..wahhh..syahdu giler tido…seronok banget tau!!..haa..dah bekpes ke?…mylady tengah bekpes ni..makan kurma jek..haahaha…mesti ada yang kata “omak aiii..pemalas betul mylady…bekpes kurma jek?”..haipppp..bukan mylady tak nak buat bekpes…tapi, dear hubby tak bagi..sebabnya, kitaorang masih lagi dalam proses memake over rumah kitaorang..so, kang kul 11am, terus pegi brunch (breakfast + lunch) la jawabnya…

sekarang ni, mylady berehat sebentar bersama kit kat..hehehe Haa..hari ni mylady nak share satu resepi..nasi dal…pernah dengar tak?..Actually, nasi dal ni, nama pendek..nama panjang dia, nasi kacang dal…kacang dal ni, kacang parpu la..buat yang tak tau mylady kenal nasi ni as Nasi Kacang…mak mylady selalu buatkan..makan dengan sambal tumis…omak aii…sedap bebeno…

 

Nasi Kacang dal

di Penang dulu, ada satu kedai…Tasha Nasi Dal…Nasi Kacang jugak…tapi, kacang tu dimesin halus..kalau mak mylady buat, kacang tu tak di mesin…sebiji2 camtu la dalam nasi..bila makan Tasha Nasi Dal, ehhh..sedap plak kalau kita mesin kacang tu letak dalam nasi..kedai ni memang femes betul..

setiap kali arwah bapa mylady habis buat resepi ni..memang sedap..mylady buatkan sambal tumis ikan kering sebagai lawan nasi kacang ni…nasi kacang ni memang sedap di makan dengan apa saja..especially sambal tumis..fuhh…So, Kalau ada yg nak mencuba, ini resepinya…

Baca Juga : 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 11/2 cawan basmathi.
  • 1/2 cawan kacang dal / paruppu.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak sapi tulin.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) biji jintan putih atau Jeera.
  • 1 sudu besar (tbsp) puri tomato.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 1 dengan ukuran panjang 1 inci keping kayu manis
  • 2 helai daun salam India/beriani.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1/4 sudu keci (tsp) serbuk lada hitam kasar.
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 biji bawang labu besar dihiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1/2 sudu keci (tsp) serbuk ketumbar.
  • 1/2 cawan mix.vege / kacang campur.
  • 5 cawan (cup) air.
  • Bawang Goreng dan Daun pudina untuk hiasan.
  • Garam dan gula secukup rasa.

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras dan kacang dal. Rendamkan bersama 20 -25 minit.
  2. Panaskan periok nasi, masukkan minyak sapi dgn satu sudu minyak masak (minyak masak untuk mengelak minyak sapi mudah terbakar). Bila minyak mula panas masukkan biji jintan putih. Masukkan Goreng beberapa saat tapi jangan sampai hangus. Masukan kayu manis, bunga cengkih, pelaga, tumis sehingga keluar baunya. Masukan pes halia bawang putih dan tumis sehingga baunya naik.
  3. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga warna hirisan bawang bertukar kepada warna kuning keemasan. Masukkan serbuk kunyit dan adunkan dengan bawang yang sedang goreng. Masukan kacang campur/ mix vege. Sekiranya anda gunakan mix vege yg sejukbeku/ frozen, Tentukan ia dimasukan dalam air panas dan toskan. Masak mix vege itu 3 minit dengan tutup tudung periok nasi.
  4. Buka tudung periok masukkan satu sudu puri tomato, gaulkan dengan rata. Anda perlu lakukan semua ini dengan api dapur yang minimum. Jangan sampai adunan ini terbakar.
  5. Toskan beras basmathi dan kacang dal yang telah rendam. Adunkan adunan di atas dengan beras dan kacang dal. Masukan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan garam masala, garam dan gula. Adunkan dengan sekata semua bahan-bahan rempah.
  6. Masukkan 5 cawan air dalam campuran tadi. tutup tudung periok dan masak dengan api
    sederhan kecil. Masa yang diambil nasi anda dan masak oalah 20 -25 minit. Hidangkan nasi ini dengan dihias bawang goreng dengan daun pudina. Ia juga boleh makan bersama sald timun dicampur dengan yogurt asli dan juga sebarang lauk ayam.

Bila masak ni, aromanya penuh satu dapur….(atau satu rumah…hehe). Kalau tak pecaya, cuba la masak…

Sampai di sini dulu ye. Jumpa lagi dalam entry yg akan datang. Salam ceria….
selamat mencuba.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Nasi Lobak Merah Ringkas Wajib Dicuba

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Kacang Dal Paling Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *