Assalamualaikum…

Kali ini nak berkongsi Resepi Mudah Ayam Tandoori dan Sangat Sedap, Resepi Ayam yang paling sedap kat dunia kalau nak buat ratah-ratah

Ayam tandoori ni kalau jual kat pasar malam komfem habis dulu. Sebab apa? Sebab rare sangat dan susah nak dapat yang sedap dan power. Dengan warna ayam yang cantik dan lemak dan paling penting rasa yang sedap yang membuatkan anda menjilat jari-jemari.

Makanan tengahari berlauk ayam tandoori dan nasi minyak

Jadi apa yang paling penting dalam resepi ayam tandoori ialah rempat ratus perapan yang digunakan. Haruslah padu dan pelbagai rasa.

Bahan Utama :

2 ekor ayam – potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil

Bahan Perapan

  • 13 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • 1 sudu serbuk kulit kayu manis
  • 2 ikat daun pudina
  • 2 sudu marjerin
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 cawan susu cair
  • 2 biji buah lemon
  • 2 ikat daun ketumbar
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit pewarna merah

Baca Juga :

Cara-caranya :

  1. Pertama sekali buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.
  2. Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar.
  3. Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
    Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
  4. Masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Boleh juga guna bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. perap ayam ini selama 5 jam
  5. Panggang di dalam oven pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau hingga masak. Tips nak pastikan ayam betul betul masak adalah saya akan set pada 10 minit kemudian saya terbalikkan ayam.
  6. Set lagi 10 minit dan terbalikkan ayam. Set lagi 10 minit dan terbalikkan ayam lagi sehingga 40 minit atau lebih. Jika kita lihat ayam agak kering, boleh picitkan sedikit minyak atau celupkan ayam semula ke dalam bancuhan tandoori.

Tips jika menggunakan pemanggang ajaib.

  1. Picit sedikit minyak di bahagian bawah. Letakkan ayam tersebut.
  2. Masak menggunakan api kecil sahaja. Tutup rapat pemanggang.
  3. Selepas 10 minit, terbalikkan ayam.
  4. Ulang sehingga ayam masak.
  5. Untuk mendapatkan efek seolah olah ayam di bakar dengan tandoor, ambil ayam dengan sepit dan bakar direct pada api dapur. Di bahagian luar ayam akan nampak hitam hitam seolah olah dibakar.

Ok.. jelas tipsnya. Selamat Mencuba !

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum

Pencarian resepi :

Resepi Mudah Ayam Tandoori Dan Sangat Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *