Assalamualaikum…

Hari ini nak Kongsikan Resepi Kari Ayam Hijau Ala Thai, bolehlah masukkan gambar dan resipi kari ayam hijau ala Thai bagi yang ingin mencubanya. Maaflah gambar langkah demi langkah yang disediakan ala kadar sahaja dan tidak ‘detail’.

Di rumah ni kalau masak menu Thai memang ramai yang suka dan mendapat sambutan, tak kiralah apa je masakannya. Tambahan pula Kari ayam hijau ala Thai ini rasanya sedap kombinasi rasa aneka rempah. Memang membuka selera. Nak cuba masak sendiri dirumah? Langkah pertama mestilah sediakan dulu pesnya. Kalau sediakan dalam kuantiti yang banyak pun boleh dan masukkan kedalam peti sejuk. Jika nak guna hanya campurkan dengan santan dan terus masak sahaja. Jom kita lihat resipinya 🙂

Resepi Kari Ayam Hijau Ala Thai - THAI GREEN CURRY

Bahan-bahan Rempah Kari Hijau Thai

  • 1 batang serai, hiris halus
  • 4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih
  • 1 genggam daun selasih
  • 1/2 camca teh serbuk jintan manis
  • 1 camca teh serbuk ketumbar
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 3 camca besar sos ikan
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 2 camca besar jus limau nipis
  • 1 camca besar gula Melaka
  • 4 camca besar santan
  • Sedikit air

Baca Juga : 

Bahan-bahan Utama:

  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
  • 3/4 cawan tepung pipit
  • 1 biji tomato, dibelah 6
  • 1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar
  • 2 batang serai, diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi, diketuk
  • Pes kari hijau secukupnya
  • 300 ml pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 kiub pati ayam (optional)
  • Jus limau nipis secukup rasa
  • Sos ikan secukup rasa
  • Sedikit gula
  • 1 genggam daun selasih

Cara-caranya:

Untuk Pes Rempah Kari Hijau Thai

  1. Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Bila rempah garing dan terbit minyak, boleh matikan api.
  4. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..

Kari Hijau Thai

  1. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya (che mat guna semua sekali).
  2. Masukkan ayam dan terung pipit.
  3. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut.
  4. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.
  5. Masukkan traffic light capsium, cili padi yang diketuk dan pati santan.
  6. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula.
  7. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu.
  8. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Nasi Kacang Dal Paling Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Kari Ayam Hijau Ala Thai – THAI GREEN CURRY

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *