My Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple Juga Sedap

Resepi Ayam 0

My Resepi Ayam Masak Merah yang Simple Juga Sedap

Masak sendiri

Tidak saya sangka artikel saya Resipi Ayam Masak Kicap Mr Mama yang saya terbitkan di sini mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Sebabnya saya bukanlah pakar masakan. Setakat masak yang simple-simple seperti Ayam Masak Kicap, Ayam Gulai dan resipi ini yang bakal saya kongsikan kejap lagi, boleh la.

Saya masak pun untuk makan sekeluarga saja. Harapan saya sedikit sebanyak dapat meringankan beban isteri yang sudah kepenatan seharian berkerja. Nasib baik la anak-anak saya suka masakan saya.

Asbestos Attorney Comments on Wall Street Journal Article

JEROME H. BLOCK, A NATIONALLY RECOGNIZED ASBESTOS TRIAL ATTORNEY, COMMENTS ON TODAY’S WALL STREET JOURNAL ARTICLE WHICH DISCUSSES ISSUES RELATING TO CHARITABLE DONATIONS BY LAW FIRMS TO THE MEDICAL COMMUNITY FOR MESOTHELIOMA RESEARCH.

NEW YORK, New York, May 6, 2013 – Today the Wall Street Journal published an article1 discussing the topic of charitable donations by law firms representing victims of asbestos diseases to the medical community for research designed to advance the treatment and care of mesothelioma and to identify a cure for the fatal asbestos cancer. The article contains a quote from Jerome H. Block, a partner with the nationally-acclaimed asbestos law firm of Levy Konigsberg LLP (“LK”). The article also discusses LK’s charitable contributions for mesothelioma research to world-renowned mesothelioma researcher Harvey I. Pass, M.D. Mr. Block, who devotes most of his law practice to representing asbestos victims, has achieved the highest ranking for legal skills and ethics, AV Preeminentrating by Martindale-Hubbell, and has also been selected on the exclusive list of Best Lawyers in America in U.S. News and World Report, Super Lawyers, and the National Trial Lawyers Association Top 10

My Resepi Ayam Masak Merah yang Simple Juga Sedap

Lagipun saya puas hati kalau masak sendiri ni sebab saya boleh buat ikut citarasa tekak saya. Lagi satu, kalau masak sendiri ni saya boleh selitkan dengan doa-doa ketika di dapur untuk kebaikan keluarga saya semasa memasak tu.

Saya yakin aura doa yang terkena pada lauk masakan tadi akan dapat menghasilkan sesuatu dengan izin Allah. Kata orang tua-tua air tangan ibubapa ni berkat.

Di waktu cuti sekolah ini saya memang hampir setiap hari memasak untuk anak-anak yang saya tinggalkan di rumah. Oleh kerana saya ni bukan pakar seperti pakar masakan Che Mat Gebu, saya akan gilirkan menu-menu masakan yang saya tau masak tu. Sekurang-kurangnya tak der lah anak-anak bosan makan lauk yang sama. Hehehe.

Ok, pagi tadi sebelum keluar berkerja sempat la buatkan lauk ayam masak merah yang amat simple tapi best. Betul! Anak-anak saya cakap best papa dia masak. Hehehe.

Resipi Ayam Masak Merah

Resipi ini hanya sesuai digunakan oleh orang bujang ataupun orang yang nak masak simple serta ringkas sahaja. Yang suka masak dengan hiasan bagai tu tak sesuai kot dengan resepi yang serba ringkas ni,

Bahan-bahan resipi ini:

  1. Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar.
  2. 2 sudu besar cili kisar (jika nak kurangkan pedas cukup 1 sudu sahaja. Cuma nanti kurang merah jadinya kuah ayam masak merah yang simple ni)
  3. 2 atau 3 sudu besar bawang (saya dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih siap-siap)
  4. Minyak untuk menggoreng secukupnya
  5. Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bawang tadi sehingga timbul bau wangi tumis bawang dah cili gilis
  • Tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam.
  • Gaul tumisan dengan ayam tadi.
  • gaulkan ayam dan masukkan garam
  • Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Saya selalunya akan lebihkan air sebab anak-anak suka lauk yang berkuah.
  • Masukkan garam
  • Besarkan api dan tunggu seketika
  • Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.
  • Sementara tunggu tu jenguk-jenguk la masakan tu sekali sekala.
  • Kemudian tutup api dapur dan resipi ini siap untuk dihidangkan.

Mudah bukan?. Bahan-bahan resipi ini amat mirip dengan resipi Ayam Masak Kicap. Hanya keluarkan kicap sahaja daripada bahan resipi. Senang je kan masak Ayam Masak Merah . Korang boleh makan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng kosong. Ada telur dadar pon sedap ni. Hehehe Kepada yang nak cepat, nak yang simple ataupun ringkas dan tak mahu libatkan bahan-bahan yang banyak, bolehlah cuba resipi ini yang saya namakan Ayam Masak Merah Mr Mama ini. Cepat, ringkas dan sedap!

Anda di alu alukan

  • Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE, baru saya tahu anda sukakannya
  • Anda boleh kongsikan artikel dengan klik button share diatas atau share url link.

Selamat mencuba resipi ini ya!

Tags:
author

Author: 

Related Posts

Tinggalkan Balasan