Kongsi Resepi Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya

Kongsi Resepi Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya

Rahsia Nasi Minyak Sedap

Setiap kali menjelang raya, pasti kepala akan ligat memikirkan menu utama untuk dimasak dan dihidangkan di pagi raya. Yang pasti, ianya mestilah nasi. Lagi pulak, hidangan yang sama akan dimakan untuk makan tenghari atau malam. Tak sangguplah hari raya untuk ke dapur memasak juadah untuk makan tengahari atau malam pulak. Jadi itulah sebabnya saya memilih juadah berasaskan nasi. Kalau dah perut Melayu, walaupun ada nasi impit dan pelbagai kuih muih, tak rasa kenyang kalau tak makan nasi.

Dalam tercari cari resepi, saya tertarik untuk mencupa resepi nasi minyak ibunda untuk merasai kelainan dari resepi nasi minyak yang biasa saya gunakan. Ia memang sedap walaupun saya tidaklah merasakan suatu kelainan ketara dari nasi minyak kami sebelum ini. Cuma kali ini Nana yang ditugaskan memasak juadah nasi minyak dan ayam masak merah telah terlupa untuk meletakkan pewarna dan kismis, jadi ianya nampak kosong walaupun rasanya tetap sedap. Jadi saya tak lah snap gambar nasi minyak tu. Lebih fokus pada ayam masak merah dan pajeri nenas sahaja.  Malignant mesothelioma is a malignant tumor on the pleura or the peritoneum. Asbestos causes the majority of malignant mesothelioma with an attributable risk of 80–90% [1]. The prognosis is poor with a median survival time of 12 months after diagnosis.

In South Korea, the use of asbestos began in the 1930s with the development of asbestos mines. Although the use of asbestos temporarily decreased following independence, economic growth in the 1970s called for the importation of large amounts of asbestos for use in construction materials, machinery parts, and insulators [3]. Asbestos use peaked in the early and mid-1990s. The use of toxic crocidolite and amosite was banned in 1997 and asbestos imports sharply declined [4]. In 2007, the use of asbestos in construction materials was banned, and the import/use of all types of asbestos was officially banned in 2009. Despite the ban on asbestos use, asbestos-containing construction materials still expose construction workers and civilians to asbestos, especially during demolition or reconstruction processes [5]. Unlike lung cancer, malignant mesothelioma can be caused by exposure to small amounts of asbestos [6] and has a long latent period of 20–40 years [7]. Therefore, the incidence of mesothelioma is still increasing, despite the ban on asbestos.

Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap

Ayam Masak Merah pula menggunakan resepi yang telah saya ubahsuai di sana sini berdasarkan percubaan sebelum sebelum ini. Memang terbaik dan sangat sedap. Ia akan menjadi a keeper recipe kami untuk Ayam Masak Merah.

Bagi memudahkan rujukan di masa depan, saya sertakan resepi nasi minyak dan juga resepi Ayam Masak Merah di dalam entri ini. Untuk resepi pajeri nenas pulak boleh untuk stail Kelantan. Klik juga entri Ayam Masak Merah saya yang lalu.

Bahan bahan:

  • Beras Basmathi – basuh dan tos
  • Minyak sapi
  • Majerin Planta
  • Bunga lawang, kayu manis
  • Bawang merah – hiris
  • Halia – sagat dan ambil jus
  • 1 sudu besar jus Sunquick
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning dan merah
  • Sedikit susu cair

Cara cara:

  • Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dihiris. Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.
  • Bila bawang telah wangi dan keperangan, masukkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air
  • Beras dibasuh bersih dan tos. Bila air telah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Biarkan seketika.
  • Sementara itu, sediakan air perahan halia. Sagat halia dan dapatkan jus nya. Atau blend je halia, kemudian tapiskan. Masukkan air halia ke dalam periuk nasi.
  • Seterusnya, masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick atau jus perahan lemon. Kemudian, tutup periuk.
  • Apabila nasi telah hampir kering, masukkan susu cair ke dalam nasi. Gaulkan nasi hingga sebati.

Kalau mahu ada sedikit berwarna, boleh titiskan pewarna di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.

Oleh: Azie Kitchen

author

Author: 

Related Posts

Tinggalkan Balasan