Resepi Masak Ayam Masak Merah Yang Paling Best!!

Resepi Masak Ayam Masak Merah Yang Paling Best!!

kongsi Masak Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam – lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato – belah 4
  • Garam secukup rasa
    Gula secukup rasa – saya tambah
  • Minyak utk menumis
    Kacang peas – opsyenal

Bahan bahan kisar halus:

  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 – 20 tangkai cili kering – rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:

  • 3 biji bawang besar – lagi sedap bwg holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – hiris jadi 3 keping

Cara cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  2. Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
  5. Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
  6. Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
author

Author: 

Related Posts

Tinggalkan Balasan