Makanan yang berasal dari jawa timur indonesia ini terbuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu ketumbar dan garam. tempe tersebut kemudian digoreng dan disajikan dengan sambal yang biasanya dibikin dengan campuran cabai yang lumayan banyak, itulah ciri khas dari masakan di Indonesia yang suka dengan rasa pedas.

 

Sedangkan di Malaysia biasanya masakan dijual dengan harga RM 6.00 hingga RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap ini. jadi kalau anda besar keluarganya pasti tercekik leher dibuatnya bila mendengar harga semahal itu.

resepi-nasi-ayam-penyet-ala-bunda

Tetapi anda jangan risau sebab cara membuat nasi ayam penyet tak begitu susah. Bisa dibilang mudah aje bila anda mengikuti step by step berikut yang akan saya bagikan. Yuk kita langsung saja mulai menyiapkan bahan – bahannya!!!

Pertama kita siapkan Bahan-Bahan untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam (ayam dipotong ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih)ayam kemudian direbus hingga empuk, ita tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan

Note : air rebusan ayam jangan dibuang kita gunakan untuk membuat sup dan menanak nasi

Bahan Perapan sebagai berikut: 

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar

*semua bahan tadi digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum 

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
  • sedikit air untuk mengisar
  • minyak untuk menggoreng

Kemudian Ini Cara Membuat Ayam Penyet, yuk kita mulai memasaknya

  • Pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.
  • Tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).

Note: Baki ramuan perapan ayam tu jangan dibuang, anda boleh ambil sedikit. siapkan bekas berasingan dengan ayam dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali.

  • Baki perapan ayam atau tahu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.
  • Celup ayam ke dalam adunan dan goreng ayam sehingga kuning keemasan. Kemudian angkat dan toskan minyak. Jika anda tidak suka ayam tepung yang menurun yang sama anda boleh goreng yang diperap ayam.

Note: sebaiknya sebelum menggoreng ayam, tahu dan tempe digoreng terlebih dahulu dan baki minyak tu boleh buat menggoreng ayam.

Kemudian kita siapkan Bahan untuk Sambal Penyet 

  • 10 tangkai cili padi
  • 10 biji bawang merah – belah 4
  • 10 biji tangkai cili merah
  • 5 biji tomato – belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 biji bawang putih- dihiris
  • 2 sudu makan ikan hilis
  • limau kasturi atau limau nipis
  • sedikit minyak untuk menumis

Langkah berikutnya kita akan Membuat Sambal Penyetnya, Yuk langsung aja 

  1. Pertama, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan. dengan minyak yang sama goreng bawang merah, tomato, cili merah, dan cili padi hingga layur.
  2. Tunggu bahan ini hingga sejuk sikit, kemudian masukan bahan yang digoreng tadi dan ikan bilis ke dalam mesen kisar. kisarkan sekali belacan bakar.
  3. Baki minyak kita menggoreng tadi panaskan lagi dan tumiskan semua bahan kisar tadi sampai harum.
  4. Terakhir, perasakan dengan sedikit garam dan gula merah. angka dan hidangkan. bila nak makan perahkan limau.

Akhirnya selesai juga kita memasak ayam penyetnya, ini dia resepi nasi ayam penyet ala bundo dah siap dihidangkan buat keluarga tercinta.

Kunjungi juga artikel kami yang lain Bun : Resepi Ayam Masak Kurma Special dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Ayam Penyet Lezat Ala Bunda

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *