Resepinasiayam.net Hari minggu kemarin Hari teman ada buatkan Nasi Minyak untuk kami. dan hari ni ada teman yang request cara membuat basi minyak yang mudah kayak gimana.. so.. teman pun repeat buat nasi minyak ni. Sebelum ni teman guna Resepi sahabat teman PUTRI, pun hubby suka.. hehehehe.. cuma kali ni nak kasi kelainan sikit.. Yuk kita tengok apa bahan-bahan dan cara memasaknya.

resepi-nasi-minyak-beras-biasa-yang-mudah-juga-sedap

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras basmathi (teman guna beras Jasmine Super Import)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
  • 1/2  cawan kismis
  • 2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul (teman potong 4 je daun pandan tu)
  • 1 batang serai di titik
  • 1 inci halia di hiris kasar
  • 4 ulas bawang merah di hiri
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak jagung (teman tak letak)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 kiub ikan bilis
  • Biji Gajus (goreng dulu pastu letak time nasi dah masak)
  • Pewarna kuning telur (teman guna serbuk kunyit je..letak dalam periuk masa masukkan susu dan air tadi)

REMPAH TUMIS

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkit
  • 3 biji pelage

Ok.. Mula-mula Cuci Beras dan rendam dahulu selama 20 minit. Kemudian beras di tapis dan di toskan .

(Tapi teman pakai beras Jasmine biasa, so takde la rendam dulu..)

Bahan-bahan untuk memasak nasi

Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah .

Hiriskan juga halia kasar-kasar. Hiris halia kasar supaya mudah masa nak asingkan bila nasi dah masak nanti. Titik dahulu serai dan simpulkan daun pandan (cara teman: suka potong pendek2) Masak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas. yuk kita mula memasak!

  • Masukan minyak sapi dan minyak jagung didalam periuk
  • Kemudian tumis daun pandan, bahan tumis dan serai sampai harum
  • Masukan irisan bawang merah dan putih dan halia
  • Masak hingga harum
  • Kemudian masukkan susu cair
  • Masukkan air secukupnya saja
  • Masukkan kismis
  • Perasakan dengan garam
  • Tambahkan maggi cukup rasa jika suka
  • Kacau rata
  • Masukkan beras basmathi
  • Tutup periuk dan biarkan nasi di tanak
  • Bila nasi sudah setengah masak ambil chopstick dan buatkan lubang kecil
  • masukan 1 titis pewarna kuning telur didalam setiap lubang
  • Tutup semula periuk dan biarkan nasi tanak sepenuhnya
  • Bila nasi sudah tanak, gemburkan nasi biar warnanya sekata.

Haa.. dah siap pun Nasi Minyak versi Selamat mencoba yah bunda!!!

Resep Nasi Ayam Yang Lain : Resepi Nasi Ayam Penyet Lezat Ala Bunda

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Minyak Beras Biasa Yang Mudah Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *