resepinasiayam.net  Pada masa sebelumnya saya sudah kongsi Resepi Nasi Minyak Beras Biasa yang Mudah Juga Sedap, sekarang saya nak kongsi resepi Ayam ala thai yang bernama Ayam Paprik. Resepi ayam ini merupakan salah satu masakan andalan dari negara Thailand oleh itu saya akan membagikan resep dan cara membuatnya. Resepi ayam masak paprik selalu menjadi bahan pencaharian orang pada saat acara-acara rasmi seperti perkahwinan atau majlis di perkantoran.

resepi-ayam-masak-paprik-paling-sedap-dan-simple-ala-thai

Masakan ini memang sangat sedap kerana dengan kuah pekatnya. Apalagi disajikan secara panas dan dibuat oleh ahlinya, buat lidah ingin menari sahaja. Resepi ni sangat sedap dan simple pembuatannya. Bisa dibilang mudah aje bila anda mengikuti step by step berikut yang akan saya bagikan. Yuk kita langsung saja mulai menyiapkan bahan – bahannya!!!

Bahan-bahan buat ayam paprik:

  • 4 ketul ayam di hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 biji bawang besar di belah dua dan di hiris bulat besar
  • 1 biji cili merah di hiris
  • 11 biji cili api di pecah
  • 2 helai daun limau purut di siat
  • bunga kobis di hiris kecil
  • 2 biji putik jagung di hiris
  • 1/2 biji karot di hiris
  • 2 biji kacang panjang di potong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering di kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam secukupnya

Cara buat ayam paprik:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semua sayur empuh.
  8. Tutup api dan ayam paprik siap dihidangkan

Itulah resepi ayam masak paprik dan cara membuatnya yang boleh saya kongsikan. Kalau nak lebih suka yang berasa pedas, boleh nak tambah cili api. Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit air lagi. Pandai sorang lah sesuai selera rasa masing-masing. Selamat mencoba dan semoga berjaya.

Resepi Nasi Ayam Lainnya : Resepi Ayam Masak Kurma Special dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Ayam Masak Paprik Paling Sedap Dan Simple Ala Thai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *