resepinasiayam.net Hari ini saya ingin kongsikan resepi asam pedas ayam, Kebanyakan orang membuat asam pedas selalu menggunakan ikan dan ini adalah pertama kalinya saya cuba membuat asam pedas menggunakan ayam. Semoga rasanya tidak kalah dengan asam pedas yang menggunakan ikan.

resepi-asam-pedas-ayam-paling-sedap-mudah-dan-simple

Terakhir saya juga sudah menulis resepi sedap lainya yang boleh anda baca dibawah.

Resepi Berkaitan:

Berdasarkan orang-orang yang telah mencuba sendiri, ia sangat sedap rasanya. Bangun pagi-pagi saya dah ke dapur untuk menyediakan semua bahan-bahan. Boleh lah untuk cicah asam pedas ni dengan roti. Jom kita tengok cara masak asam pedas ayam paling sedap dan mudah.

 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 kuntum bunga kantan – dibelah 5
  • 1 cawan air asam jawa (50 gm asam jawa + 1 cawan air)
  • 3 cawan air
  • daun kesum
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada hitam – ditumbuk kasar
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 35 tangkai cili kering – digunting, rendam dan toskan
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit
  • belacan sebesar ibu jari

Cara masak asam pedas ayam:

  1. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, belacan dan serai. Masak hingga garing.
  2. Masukkan ayam, bunga kantan, dan daun kesum. Gaul hingga sebati.
  3. Tutup kuali hingga ayam agak mengecut.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan garam dan lada secukup rasa. Gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan air secukupnya dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam empuk dan mendapatkan kepekatan kuah asam pedas yang sesuai.

Biasanya kuah ayam lebih pekat dan berminyak berbanding dengan kuah ikan. Minyak yang turun biasanya dari ayam yang dimasak. Bila tidak suka berminyak, buang minyak tersebut terlebih dahulu sebelum dihidangkan

Itulah resepi asam pedas ayam yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Pencarian resepi :

Resepi Asam Pedas Ayam Paling Sedap Mudah Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *