Resepinasiayam.net masak dengan bismillah dan hati yang ikhlas, masak akan jadi mudah dan sedap. Hari tu aku ada janji kan nak bagi resipi Nasi Jagung..Ni die

Resepi hari ini sangat istimewa untuk keluarga, anak-anakpun suka, saya nak kongsikan resepi nasi, istimewanya nasi campur jagung dan senang nak masak nasi jagung ini lebih kurang macam nasi minyak.

resepi-nasi-jagung-mudah-dan-sedap

Bahan2 die : 

  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 cawan isi jagung
  • 1 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah, dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih, dimayang halus
  • 1 inc halia, dimayang halus
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji pelaga

Cara Nak Masak Nasi jagung

  1. Panaskan minyak sapi, kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik aroma
  2. Masukkan air dan daun pandan, kacau rata. Tuang ke dalam rice cooker atau periuk nasi.
  3. Masukkan beras, isi jagung, garam secukup rasa serta susu cair. Perasakan dan Kacau mesra. Masak menggunakan periuk nasi seperti memasak nasi biasa.
  4. Bila nasi dah masak gaul dengan perlahan menggunkan garfu agar nasi tidak patah-patah dan boleh dihidang.

Tralalaaaaa siap sudah Nasi Jagung pun sudah jadi hahahaha.. Senang kan korang pon boley masak. Selamat mencuba

 

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Jagung Mudah Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *