resepinasiayam.net Resepi Masakan Tradisi Melayu Johor yang memang tidak pernah mengecewakan! Saya telah mencuba pelbagai resepi antaranya Nasi Beriani dan Daging Beriani. Dan hari ini biarlah orang kata Saya masuk bakul angkat sendiri kerana sesungguhnya resepi nasi minyak ayam masak merah serta lauk-pauk pilihan yang saya cuba masak sungguh simple dan juga lazat!

Semasa saya memasak di dapur, entah berapa kali anak-anak saya yang silih berganti menjengok, menghidu aroma masakan dan bertanya bilakah akan siap? Bilalah kami boleh makan? Hai… tiba-tiba saja perut anak-anak jadi lapar! saya hidangkan ┬áresepi nasi minyak ayam masak merah dengan lauk Ayam Masak Merah dan juga Acar Timun Berempah.

resepi-nasi-minyak-ayam-masak-merah-yang-simple-dan-sedap

Baiklah,terus kita ke bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi minyak istimewa sempena rumah terbuka.

Bahan-bahan Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah:

  • 2 kg beras basmathi (tak kisah jenama apa)
  • 2.25 liter air
  • 250 ml susu cair
  • serta garam secukup rasa

Bahan penumis:

  • 6 camca besar minyak sapi
  • 3 camca besar marjerin dimayang halus
  • 10 ulas bawang merah dimayang halus
  • 4 ulas bawang putih dimayang halus
  • 3 cm halia dimayang halus
  • 2 helai daun pandan
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan hiasan

  • 5 tangkai daun ketumbar dimayang
  • 3 tangkai daun pudina dimayang
  • 50 gram kismis

Cara menyediakan Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah:

  1. Panaskan minyak sapi dan marjerin lalu tumiskan bahan-bahan penumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air, susu, daun pandan dan beras. Kacau rata sehingga mesra semua bahan.
  3. Masak beras seperti biasa. Apabila beras hampir kering, tutupkan periuk dan perlahankan api. Tunggu hingga nasi masak.
  4. Akhir sekali, taburkan bahan hiasan di atas nasi tersebut sebelum nasi minyak istimewa anda dihidangkan.
  5. Resepi nasi minyak biasanya dimakan bersama-sama dengan hidangan sampingan atau lauknya. Hidangan sampingan yang paling biasa ialah AYAM MASAK MERAH.

Resepi Acar Nenas

  • 1 biji nenas dibuang kulit dan potong bulat dan dipotong kepada 4 bahagian
  • 1 biji bawang besar dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih juga dimayang halus
  • 10 gram biji sawi
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 camca besar serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bahan yang telah dimayang halus beserta biji sawi dan kulit kayu manis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan nenas dan kacau rata-rata sehinggan tersebar pada semua nenas tu.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam serta gula secukup rasa. Tunggu nenas sehingga betul-betul empuk sebelum dimakan bersama-sama nasi minyak dan ayam masak merah.

Anda juga boleh menambah kreasi pada resipi ini sehingga sesuai dengan selera anda dan keluarga Anda. Nah, bagi Anda yang ingin mencoba resep ini semoga artikel ini bisa bermanfaat bagi anda dan keluarga anda, selamat mencoba

MOHON BANTU SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Yang Simple Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *