Dengan Bismillah Salam Sejahtera,
resepinasiayam.net Kalau cakap pasal makanan, memang tak akan habis.Kali ini suka pula saya kongsikan resepi rahsia buat sambal belacan yang rasanya sudah tentu lebih sedap daripada biasa resepi sambal belacan untuk nasi kukus yang simple dan sedap. Ini real punya sambal belacan tau.Lagi satu, ini sambal belacan versi tumbuk-tumbuk punya.Takdak guna blender atau pengisar makanan segala mak nenek.

Sambal belacan ini boleh menjadi pilihan untuk menemani nasi kukus yang sedap untuk keluarga anda. apalagi ditambah kuah boleh menambah cita rasa lebih sedap.

resepi nasi kukus ayam berempah ini memang sedap bila dimakan bersama kuah kari dan juga sambal belacan anda juga boleh menambahkan bahan lain sesuai selera.

Resepi sambal belacan kegemaran untuk nasi kukus

Biasanya, sesetengah orang kalau buat sambal belacan, hanya akan letak cili dan belacan juga sedikit air asam kan, tapi resepi kali ini saya kongsikan resepi sambal belacan yang saya sendiri pernah membuatnya.Memang lebih sedap dan marvellous!

Resepi Rahsia Buat Sambal Belacan Lebih Sedap untuk menemani nasi kukus

Bahan-bahan Buat Sambal Belacan

  • 10-15 biji cili padi
  • 2-3 inci belacan
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • Garam gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan Sambal Belacan Goreng

  1. Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
  2. Tomato dibelah 4 atau 6
  3. Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
  4. Goreng sampai layu, tapi jangan garing
  5. Setelah itu tumbuk semua bahan yang digoreng tadi
  6. Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.

resepi sambal belacan untuk nasi kukus

itu je resepi sambal belacan untuk nasi kukus yang saya nak bagi. saya harap boleh berguna untuk anda yang sedang mencari idea memasak hari ini, terima kasih.

Resepi lainnya : Nasi Ayam Blackpepper Simple dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Sambal Belacan Untuk Nasi Kukus Yang Sedap Dan Simple
Tagged on:     

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *