resepinasiayam.net Apa yang seronok tentang Malaysia adalah Makanannya, pastilah sama ada anda juga memilih untuk makan dengan selera restoran berhawa sejuk, atau mungkin merasai suasana masyarakat malaysia di warung juga gerai dan pasar malam. Malysia mempunyai banyak sekali lokasi makanan enak dan sedap.

Untuk kali ini nak kongsikan Hidangan set ayam goreng berempah. Tidak kisahlah sama ada dimakan dengan nasi lemak, nasi kukus dan enak juga dimakan begitu sahaja merupakan salah satu menu kegemaran Rakyat Malaysia. Buat kamu yang berkira-kira hendak melakukannya sendiri sempena hujung minggu bolehlah semak senarai bahan dan cara pembuatannya.

resepi nasi kukus ayam goreng berempah kelantan Sedap dan Simple

Saiz Hidangan : 4 orang 

Bahan A (Nasi Kukus)

  • 4 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun pandan

Cara Penyediaan :

  1. Rendam beras lebih kurang satu jam. Kemudian toskan air dan cuci beras seperti biasa.
  2. Sementara itu didihkan air didalam periuk kukus. Simpul daun pandan dan rebus bersama air tadi.
  3. Masukkan beras ke dalam mangkuk besi (sediakan empat). Kemudian tutupkan dengan kain putih pada setiap mangkuk beras atau boleh juga jika anda mempunyai kain putih yang besar, balutkan pada penutup periuk kukus supaya air tidak menitik kedalam beras.
  4. Kukus beras selama 15 minit. Keluarkan semula beras dan rendam didalam air sehingga beras sejuk. Boleh juga selalu menukar air rendaman supaya beras cepat sejuk. Jika direndam dengan air sejuk, beras akan kelihatan lebih panjang.
  5. Keluarkan semula beras tadi. Kali ini gaulkan dengan 3 cawan air dan biarkan air menyerap ke dalam beras.
  6. Kukus semula ke dalam mangkuk besi tadi sehingga 15 minit atau sehingga masak.
  7. Menggunakan teknik kukusan begini membuatkan beras kelihatan cantik berderai.

Bahan B (Ayam Goreng)

  • 1/2 ekor ayam (potong empat)
  • 1st serbuk ketumbar
  • 1st serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1sb serbuk kunyit
  • 4 tangkai daun kari (dilurutkan dan hanya ambil daunnya sahaja)

Cara Penyediaan :

  1. Setelah ayam dicucikan. Rebus ayam dengan 8 cawan air atau 1 liter air.
  2. Agak-agak dalam separa masak. Toskan ayam. Air rebusan tadi jangan dibuang.
  3. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan B dan perapkan selama satu jam.
  4. Kemudian panaskan minyak dan goreng.

RESEPI NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam goreng berempah yang terdiri dari ayam biasa ayam kampung atau ayam dara. Set ayam goreng ini biasa dijual pada harga RM5 bahkan bisa lebih mahal lagi mengikuti jenis ayam yang dimahukan, Makanya kali ini saya kongsikan resep nasi kukus berikut ayam gorengnya biar bissa cuba bikin sendiri dirumah. selamat mencoba!!!

Resepi nasi lainnya : Resepi Nasi Tomato Simple dan Sedap

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Kelantan Sedap Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *