resepinasiayam.net Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Simple dan Sedap. sudah beberapa hari ini selalu panas dan tak nampak mau hujan. musim panas paling enak bila memakan makanan yang dingin seperti agar-agar dan es.

paling utama untuk menjaga kesihatan di musim panas adalah menghindari santan. karena santan bisa menyebabkan panas dalam. bila anda suka dengan kari ayam maka mesti memasaknya tanpa santan. seperti resepi yang saya share ini.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan yang Simple dan Sedap

Resepi kari ayam tanpa santan. Memandangkan along saya nak bawa bekal ke ofis keesokkannya, terpaksa la buat kari ayam tanpa santan.

Mula-mula nak google juga resepi kari ayam tapi last-last campak je la. Rupanya senang sangat nak buat kari ayam tanpa santan ni.

Saya buat untuk 3 orang makan, jadi ada 3 ketul ayam la. Boleh tengok bahan-bahan dan resepi nak buat kari ayam seperti dibawah

Bahan-bahan :

  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 bunga lawang
  • 1 kayu manis
  • 1 cengkih
  • 1/2 bawang besar kuning
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 3 batang bendi
  • 1 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • secubit rasa

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari. Goreng sehingga wangi.
  3. Masukkan air. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam. Biar sehingga masak.
  5. Masukkan secubit rasa atau garam dan gula.
  6. Biar sehingga sedikit pekat. Rasa dan siap untuk di hidang!

Mudah je kan.. Kena rajin je.. Kalau malas ape pun tak jadi..

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Sedap

Hari ini saja jew masak lebih. Petang nanti kalau rajin boleh buat Resepi Nasi Tomato Simple dan Sedap

Oh! Ya… masakan kari ini Amie ikur cara MIL dan orang kampung belah Encik Suami. Bila masakan dah sempurna, tinggal nak tutup api, tuangkan jus limau nipis. Jadi tak perlu gunakan asam jawa atau asam keping

Pencarian resepi :

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Simple Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *