Dengan Bismillah Salam Sejahtera,
resepinasiayam.net Kalau cakap pasal makanan, memang tak akan ada habis.Kali ini suka pula saya kongsikan resepi rahsia buat sambal belacan yang simple dan yang pasti rasanya sudah tentu lebih sedap daripada biasa. ini sambal belacan versi tumbuk-tumbuk punya.Takdak guna blender atau pengisar makanan segala mak nenek.hehehe

Anda penggemar sambal belacan? Sambal belacan ada banyak versi, sambal belacan tomato, sambal bacang, sambal tempoyak dan sambal mangga. Apa yang saya nak kongsikan di bawah ini hanyalah sambal belacan biasa yang amat mudah iaitu Resepi Sambal Belacan Tomato Yang Ringkas, namun rasanya sudah tentu lebih sedap daripada biasanya.

Cara buat sambal belacan sedap dan simple

resepi Sambal Belacan Tomato Yang Ringkas ( Hidangan untuk 10 orang )

Bahan-bahan:

  • 9 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 biji tomato
  • Garam & serbuk perasa
  • 2 biji limau kasturi

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat
  2. Rendam seketika 1 biji tomato dalam air panas sehingga lembut. Setelah lembut buangkan kulitnya dan tumbuk bersama-sama bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Potong dadu tomato yang sebiji lagi dan taburkan pada sambal yang telah ditumbuk tadi.
  4. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa ikut citarasa.
  5. Perahkan sedikit limau kasturi. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Resepi Sambal Belacan yang Ringkas dan Juga Sedap

Oleh kerana Resepi sambal belacan tomato yang saya kongsikan ini versi ringkas, jadi saya tidak masukkan bawang merah dan ikan bilis sebagai bahan tambahannya. Resepi sambal belacan yang versi ni biasanya saya lawankan time makan nasi berlaukkan kari daging atau ayam, masak sayur air, masak lemak putih atau masak kicap.Sambal belacan goreng kurang sesuai dijadikan pencicah.Ia lebih enak dimakan bersama nasi putih dan lauk yang saya sebutkan tadi.

Selamat mencuba..

Pencarian resepi :

Resepi Sambal Belacan Yang Ringkas Dan Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *