Masalah utama setiap hari seorang surirumah ni. Nak mencari idea nak masak apa tu yang susah sangat, dah tentu nak cari resepi yang mudah untuk menyediakannya. Kalau resepi rumit sikit memang boleh buat perasaan malas tu membuak-buak. Kalau boleh nak masak makanan yang menggunakan bahan yang sikit tapi sedap! Jimat masa dari segi menyediakannya dan cepat di masak.

Resepi Ayam Goreng Serai yang Simple dan Sedap

Yang empunyer blog nih pun masih dalam proses pembelajaran lagi… Kali ni mau kongsikan resepi nih Ayam Goreng Serai yang Simple dan Sedap..Resepi ni me cedok dari buku masakan si Sheila Rusly tu..Si Sheila Rusly ni kan banyak dah dia kuarkan buku masakan yang ajib – ajib. Dalam salah satu buku masakan tu ada laa resepi nih..me langsung aja cuba nih resep, Ayam goreng serai nih memang resepi paberet me..Sebab utamanyer jadi resepi pilihan me dah sah-sah sebab senang sangat nak membuatnyer…memang pantang me kalo dapat resepi yang sempoi camgini. Nak-nak pulak kalo resepi tu sedapppp..uishhh!! Memang masuk dalam senarai pilihan laa jawabnyer…Resepi yang dicedok baek punyer dari buku Masakan Sheila Rusly Pasti kalian ingin tahu cara membuatnya bukan, jom kita tengok resepi yang sangat lezat ini :

Resepi Ayam Masak Serai yang Simple dan Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit

Bahan Kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Resepi Ayam Lainnya : Resepi Sup Ayam Simple dan Sedap

Cara Memasak:

  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
    Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Ayam masak serai - Simple dan Sedap

Mudah je kan? Memang saya sangat suka dengan masakkan simple ni. Silalah korang cuba juga resepi ayam masak serai yang simple dan Sedap ini. Buat masa nak makan bersahur pun kejap je nak masak. Biasa kalau nak ayam tu cepat masak potong kecil-kecil kalau guna bahagian ayam yang lain. Selamat mencuba juga!

Baca Juga : Resepi Nasi Briyani Gam Johor yang Simple dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Ayam Goreng Serai Yang Simple Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *