Salam Isnin semua,
resepinasiayam.net Bersiaran semula setelah 2 hari kita libur ya. Semalam saya tanyakan suami dan anak saya, esok nak makan apa, mama nak masakkan. Anak pertama saya dia pengin makan ayam pandan, seperti yang dia makan waktu disekolah seketul 50sen, sedap katanya, cuba mama buat ayam yang macam tu, mesti sedap. Suami saya pun setuju. Maka, saya ni pun jalankanlah soal selidik, macamana rupanya, bagaimana rasanya, bagaimana cara buatnya, maklum ni first time saya dengar resepi ayam pandan. Bagus jugakla, sebab daun pandan kat belakang rumah tu melimpah tumbuh subur jadi tak perlu beli dah terlampau banyak sangat, sampai kering jadinya, sayangla pulak.

resepi ayam pandan simple dan sedap

Prihatin sungguh kak wattie..merajinkan diri dgn selera anak2 buat ayam pandan. Ayam pandan nih femes kat restoran makanan thai..pernah la mkn..tp lom pernah buat lagi. Mcm kak ayu gaklah part bungkus tu..kurang arif..tu yg lemau sikit nak wat tuh..tumpang mkn sini jer laa..pepun ambik resepi dulu

Baca Juga : Resepi Nasi Briyani Gam Johor yang Simple dan Sedap

Malam tu jugak saya google kat dalam internet cari resepi ayam pandan. Tu diaaaaaa banyaknya resepi ayam pandan, ada berbagai2 versi sebenarnya, umumnya resepi ini dibalut dengan dua lembar daun pandan untuk membalut ayamnya, sebelumnya ayamnya sudah diperap selama 3 jam untuk lebih nikmatnya lagi ayamnya diperap malamnya lalu ditaruh di peti sejuk dan goreng keesokan harinya.

Jom kita langsung saja resepi ayam pandannya:

Bahan – bahan

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  •  2 batang serai
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

resepi ayam pandan thai

Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan sos cili thai,  resepi lain nya : resepi Ayam Goreng Serai yang Simple dan Sedap  selamat menikmati

Pencarian resepi :

Resepi Ayam Pandan Thai Simple Dan Sedap – Thai Pandan Chicken

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *