Assalamualaikum..

5 Resepi Ayam Paling Simple dan Sedap Tak tahu cara masak Ayam yang simple tapi sedap? Ini ada 6 resepi ayam simple dan sedap, sebelah mata pun boleh ‘settle’. Boleh dijadikan modal untuk pikat hati bakal ibu mertua.

Resepi Ayam Masak Paprik Paling sedap-5 resepi ayam paling sedap

1. Resepi Asam Pedas Ayam Paling Sedap

 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 kuntum bunga kantan – dibelah 5
  • 1 cawan air asam jawa (50 gm asam jawa + 1 cawan air)
  • 3 cawan air
  • daun kesum
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada hitam – ditumbuk kasar
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 35 tangkai cili kering – digunting, rendam dan toskan
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit
  • belacan sebesar ibu jari

Cara masak asam pedas ayam:

  1. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, belacan dan serai. Masak hingga garing.
  2. Masukkan ayam, bunga kantan, dan daun kesum. Gaul hingga sebati.
  3. Tutup kuali hingga ayam agak mengecut.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan garam dan lada secukup rasa. Gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan air secukupnya dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam empuk dan mendapatkan kepekatan kuah asam pedas yang sesuai.

2. Resepi Ayam Masak Paprik Paling

Bahan-bahan buat ayam paprik:

  • 4 ketul ayam di hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 biji bawang besar di belah dua dan di hiris bulat besar
  • 1 biji cili merah di hiris
  • 11 biji cili api di pecah
  • 2 helai daun limau purut di siat
  • bunga kobis di hiris kecil
  • 2 biji putik jagung di hiris
  • 1/2 biji karot di hiris
  • 2 biji kacang panjang di potong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering di kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam secukupnya

Cara buat ayam paprik:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semua sayur empuh.
  8. Tutup api dan ayam paprik siap dihidangkan

3. Resepi Nasi Ayam Penyet Lezat Ala Bunda

Bahan Perapan sebagai berikut

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar

*semua bahan tadi digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
  • sedikit air untuk mengisar
  • minyak untuk menggoreng

Kemudian Ini Cara Membuat Ayam Penyet, yuk kita mulai memasaknya

  1. Pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.
  2. Tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).

4. Resepi Ayam Masak Serai yang Simple dan Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit

Bahan Kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Cara Memasak:

  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
  2. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  5. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  6. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.

5. Resepi Ayam Masak Kurma Special dan Sedap

Pertama Sediakan Bahan-Bahan nya dulu :

  • 1 kg daging ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar empah kurma ayam
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • rempah tumis (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis)
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Kemudian Ini Cara Menyediakan

  1. panasakan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, rempah kurma ayam, rempah tumis dan kacau sehingga pecah minyak
  2. selepas tu masukan ayam dan kacau sebati kemudian tunggu sekejap sampai masak kemudian masukan sedikit asam jawa, lobak merah, dan kentang.
  3. bila kentang dan lobak merah dah empuk boleh masukan santan dan kacau sebati lalu biarkan mendidih
  4. Akhir sekali, masukan gula dan garam secukup rasa kemudian masukan juga tomato. bila dah masak hidangkan bersama nasi panas.

Sungguh menyelerakan bila melihat resepi nasi dan ayam ini, Sedap … tak boleh makan sikit, tambah sikit lagi dan lagi pasti suatu hari kamu ingin mencuba.. semoga berjaya

Baca Juga : Resepi Ayam Pandan Thai Simple dan Sedap – Thai Pandan Chicken

Pencarian resepi :

5 Resepi Ayam Paling Simple Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *