Pelbagai jenis beras diproses yang pernah dicipta, untuk memberi kelainan pada rasa nasi putih yang sebenarnya perisian. Ini nak kongsikan 5 resepi nasi yang anda perlu tahu :

1. Nasi Goreng Pattaya

resepi Nasi Goreng Pattaya sedap

Bahan-Bahan:

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
  3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
  4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
  5. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

  1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
  3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
  4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
  5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
  6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
  7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

2. Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan:

  • Nasi putih secukupnya
  • Beberapa bahagian ayam dipotong kecil
  • 5 ekor udang
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 2 biji telur
  • Sedikit sayur campur
  • Garam dan gula
  • Serbuk perasa
  • Serbuk lada putih
  • Bawang goreng – hiasan
  • Daun bawang – hiris

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan udang dan biarkan ia masak.
  3.  Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.
  4. Ketepikan rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata.
  5. Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi. Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.
  6. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.

3. Resepi Nasi Beriani Telur

Resepi Nasi Beriani Telur

Bahan-Bahan:

  • 8 biji telur rebus – belah 2
  • 2 cawan beras basmati – cuci dan toskan
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar – potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 2 helai daun bay
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga hitam
  • 4 biji buah pelaga hijau
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih/halus
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun bay, kulit kayu manis dan kedua2 buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan telur rebus. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih/halus dan gaulkan rata.
  3. Masukkan pula beras dan kacaukan perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan air, garam dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga masak.
  4. Boleh juga di alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti menanak nasi biasa. Setelah masak kacaukan nasi perlahan-lahan supaya ianya tidak pecah.
  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan lauk pauk yang lain.

4. Resepi Nasi Goreng Telur Masin

Resepi Nasi Goreng Telur Masin

Bahan-Bahan:

  • 500 gm nasi putih
  • 80 gm isi ayam
  • 1 biji telur masin
  • 100 gm kangkung
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika.
  3. Pecahkan telur masin dan kacau rata. Biarkan telur masak seketika.
  4. Akhir sekali masukkan nasi putih bersama kangkung dan perasakan secukupnya.
  5. Biarkan masak seketika. Angkat dan hidangkan.

5. Resepi Nasi Ayam Singapura

Resepi Nasi Ayam Singapura simple

Bahan-Bahan:

Bahan Ayam –

  • 1 ekor ayam | dipotong empat & dibersihkan
  • 5 sudu makan gula merah | dikisar halus
  • 3 liter air
  • 1/2 inci halia
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • Madu dan minyak masak secukupnya

Bahan Nasi –

  • 500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
  • 2 helai daun pandan
  • 30 gm lemak ayam
  • 15 gm halia | dihiris
  • Sedikit garam

Bahan Sos – Dikisar

  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 20 gm halia muda
  • 15 gm cili padi
  • 120 gm air limau nipis

Bahan Sup –

  • Air rebusan ayam
  • Bawang goreng secukupnya
  • Hirisan daun sup secukupnya

Cara Memasak:

  1. Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.
  2. Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180’c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.
  3. Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
  4. Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
  5. Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.
  6. Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Renehkan seketika.
  7. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Butter Paling Senang dan Sedap

Pencarian resepi :

5 Resepi Nasi Yang Anda Perlu Tahu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *