resepinasiayam.net Siapa yang tak suka makan percik ayam, pasti anda semua suka. dipasaran paha ayam hanya RM 5 saja, itu perkara biasa. sekarang apa-apa mahal.lebih baik memasak sendiri dari pada hanya dapat membeli sekeping je. bagaimana cara membuat ayam percikan yang mudah.

Resepi Ayam Percik yang Sedap Buatan Sendiri Ala Chef Wan

Kali ini saya nak berkongsi resepi ayam percik yang sedap buatan sendiri ala chef Wan. chef wan adalah seorang chef terkenal.jom langsung aja intip cara membuatnya…

Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang

  • 9 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 400 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara

  1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, lalu masukkan air.
  4. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa saja.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  7. Bila siap, curahkan kuah di atas ayam yang telah dibakar.

senang bukan? ;)) sila buat esok untuk berbuka dan konpem korang akan kagum dengan diri sendiri macam mana aku kagum masuk bakul keluar sendiri. first time buat babe nasib baik menjadi. ni la resepi ayam percik buatan sendiri! :)) senang bukan. selamat main masak-masak semua, semoga berjaya 😀

Baca Juga : Resepi Masakan Sup Ayam yang Terbaik

Pencarian resepi :

Resepi Ayam Percik Yang Sedap Buatan Sendiri Ala Chef Wan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *