Assalamualaikum….selamat malam dan salam sejahtera serta ceria untuk anda semua yang sudi follow MA Semoga kita semua dirahmati ALLAH SWT…….. Aminn

resepinasiayam.net Hi korang! Suka makan hati dan pedal ayam tak? Biasanya goreng ajela hati ayam tu kan..takpun masak dengan sayur kacang panjang. Bukak je peti ais, cuma ada hati dan pedal ayam je dalam sebekas. Nak pergi beli barang untuk memasak, kemalasan sebab hari hujan. Buat korang yang ada simpan hati ayam ni, bolehlah cuba resepi Hati & Pedal Ayam Masak Rempah ni ha. Kelainan la sikit dari masak kicap tu kan!

Resepi Hati & Pedal Ayam Masak Berempah Sedap dan Ringkas

Resipi nie aku buatkan dipagi ini. Walau pun sampoi, tapi aku abadikan juga disini, untuk rujukkan anak-anak dan semoga dapat memberi idea pada anda yang tercari-cari resipi yang sampoi….

Bahan-bahan:

  • Hati & pedal ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu serbuk kari
  • 2 sudu cili kisar/cili boh
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Garam & gula secukupnya
  • Daun kari

Cara memasak:

  1. Rebus hati dan hati ayam dahulu yang dah dicuci bersih. Kemudian tos dan sejukkan.
  2. Kemudian Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Kalau nak kisar, boleh gunakan air rebusan tadi. Kak bell lagi suka tumbuk.
  3. Kemudian masukkan bahan tumbuk, serbuk cili, serbuk kari dan jangan lupa jintan manis dengan hati dan pedal ayam tadi. Perapkan sekejap.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dah diperap tadi. Masukkan daun kari, masak sampai rempah masak dan sedikit garing. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam yah.

Haa nie dia Hati & Pedal Ayam Masak Berempah
dah pun terhidang…! Makan dengan telur dadar campur kicap je uoll. Kak Bell saja tambahkan baby corn tu. Dah alang- alang ada 2 ketul je kan dok dalam peti so campakkan saja! Jangan lupa cuba yer. Pasti sedap!

Baca Juga : Resepi Nasi Campur Komplit Lazat Nikmat

Pencarian resepi :

Resepi Hati & Pedal Ayam Masak Berempah Sedap Dan Ringkas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *