resepinasiayam.net Baginda Tengku Puan Pahang yang ditemani cef selebriti, Nik Michael Imran meluang masa hampir tiga jam turut memasak Ikan patin masak tempoyak.Banyak yang hadir itu tidak melepaskan peluang melihat aksi memasak yang dibawakan baginda.

Kongsi Resepi Patin Masak Tempoyak Ala Tengku Puan Pahang

Jom tengok resepi ikan patin masak tempoyak ala Baginda Tengku Puan Pahang yang terkenal di negeri pahang.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan – bahan :

  • seekor ikan patin.
  • segengam cili padi (kalau xsuka pedas berasap, kurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 bunga kantan -dibelah 4
  • Segengam daun kesum
  • 1 asam keping
  • Garam

Cara – cara :

  1. Tumbuk cili padi dan kunyit. Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.
  2. Masukkan bunga kantan.
  3. Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut.
  4. Masukkan daun kesum.
  5. Tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Nota:

Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau. yang dah cuba, jangan lupa komen dan share pengalaman anda 🙂

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Baca Juga ; 10 Koleksi Resepi Ayam Paling Popular

Kongsi Resepi Patin Masak Tempoyak Ala Tengku Puan Pahang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *