Resepi Ayam Goreng Kentang ni boleh pakai sepanjang masa, bukan bulan puasa je. Kita bekerja kan, tetapi teringin juga nak masak untuk keluarga. Dengan masa terbatas memang penat.

Tapi, bila tiba bulan puasa ni, ada jugak yang pening kepala memikirkan apa la nak makan atau nak masak untuk sahur… kalau untuk berbuka puasa tu jarang jadi masalah sebab banyak pilihan…

Jangan gusar kali ini kita nak kongsikan resepenakdan cepat in, ayam goreng kentang adalah juadah yang harus anda cuba.

Resipi Ayam Goreng Kentang Mudah, Menu Sahur & Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng
  • 1 biji kentang | dipotong dadu dan digoreng
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15gm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 15gm halia | dihiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan kicap manis
  • ½ sudu makan kicap pekat
  • 1 batang serai | diketuk
  • 2 helai daun pandan di ikat
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahanbahan yang telah dikisar bersama daun pandan dan serai yang telah diketuk.
  2. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap pekat. Gaul sehingga rata dan sebati.
  3. Selepas itu masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Yang suka masak atau sharing resep masakan, jangan lupa kunjungi resepinasiayam.net dan baca juga artikel yang lain Rahasia Masak Cepat dan Simple Ketika Berpuasa

Pencarian resepi :

Resipi Ayam Goreng Kentang Mudah, Menu Sahur & Berbuka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *