Assalamualaikum…
resepinasiayam.net Sepinggan nasi putih panas dengan lauk Ayam Goreng Berlada. sampai terlupa nak masak sayur sebab tak sabar nak rasa masakan ayam tu! Bukan apa dah lama sangat tak masak begini. Mudah, simple dan sedap.

Resepi Ayam Goreng Pedas Berlado yang Simple dan Sedap

Bagaimana untuk memasak ayam goreng pedas berlado menyembur selaras dengan imej di atas, kami hanya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ikuti langkah-langkah mudah seperti yang saya tulis di bawah.

BAHAN-BAHAN :

  • 500ml air
  • 1 ekor ayam | potong kecil
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai | dititik
  • 3cm lengkuas | diketuk

BAHAN-BAHAN (KISAR):

  • 4 biji bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 3cm halia
  • 1 sudu teh garam

BAHAN-BAHAN (TUMBUK KASAR):

  • 6 biji bawang merah
  • 10 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu makan air asam
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MASAK:

  1. Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
  2. Angkat ayam dari periuk.
  3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
  4. Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.
  5. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
  6. Sedia dihidangkan.

NOTE :

  • Saiz hidangan: 4-6 orang
  • Waktu memasak: 1 jam
  • Jenis hidangan: Lauk pauk
  • Keistimewaan: Pedas yang membuka selera
  • Jenis masakan: Sambal
  • Cara memasak: Bakar
  • Anggaran kos: RM25

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resipi Ayam Goreng Kentang Mudah, Menu Sahur & Berbuka

Resepi Ayam Goreng Pedas Berlado Yang Simple Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *