Assalamualaikum…

Kali ini saya ingin kongsikan Resepi Sup Ayam Kampung yang istimewa mudah dan simple, walaupun resepi ini rigkas sangat dan budak budak sekolah pun boleh masak tapi rasanya sangat sedap.

Bila ada sup ayam, bonda lebih gemar makan bersama ketupat. Bak lebih gemar makan bersama mi hoon. Che mat semua ok, boleh aje nak makan sama ketupat ke, mi ke, roti atau nasi. Untuk sup ayam ini che mat masak dalam periuk tekanan. Sebab ayam ni berusia emas bukan jenisanak dara. Kalau ayam kampung yang asli, dibiar lepas bebas. Kata bonda, kalau ayam kampung betina, lebih sedap dibikin sup, kalau ayam jantan atau jaguh, sedap dimasak gulai atau kari.

resepi sup ayam kampung sedap

Ok jom kongsikan resepi mudah untuk masak sup ayam kampung. Resepi ni sebenarnya guna je bahan apa yang ade kat rumah. Cuma kena beli sub bunjut dengan daun sup. Tapi menjadi tau.

Bahan-bahan membuat sup ayam kampung

  • 2 ekor Ayam kampung yang sudah di sembelih dan potong
  • Sup bunjut

Bahan menumis

  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • 3 batang serai wangi
  • 6-8 tangkai cengkih
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar lada hitam

Bahan sayuran

  • 4 biji kentang di potong 6
  • Daun sup

Cara – cara

  1. Tenggekkan air dalam periuk yang muat untuk 2 ekor ayam.
  2. Masukkan ayam dalam periuk tadi. Pastikan ayam tu tenggelam.
  3. Reneh dalam sejam atau sampai ayam empuk. Ayam kampung ni liat sikit. Kena la panas kan lama.
  4. Jangan lupa masukkan sup bunjut sekali.
  5. Sambil reneh ayam tu agak-agak ayam dah nak empuk, kita sediakan rempah menumis pulak. Caranya kisar bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
  6. Panaskan kuali. Tumiskan bahan yang dikisar tadi. Agak dah kering, masukkan kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan serai. Tumis lah sampai naik bau.
  7. Bila rempah tumis dah siap dalam kuali. Orang kata sampai naik bau dia, masukkan bahan tumisan dari dalam kuali tadi ke dalam periuk yang sedang merebus ayam.
  8. Jangan lupa masukkan kentang tau. Kacau campuran tadi sehingga sebati. Teruskan mereneh sehingga kentang empuk. Dah siap. Boleh hidangkan. Mudah je kan.

Sup ayam ialah menu yang sihat untuk dihidangkan kepada keluarga.Jika dimasak dengan resepi yang betul pasti digemari semua peringkat usia.Jadi mesti di cuba yah, semoga berjaya… Hidangkan bersama sambal kicap. Sedap dimakan panas..

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More :  Resepi Ayam Goreng Pedas Berlado yang Simple dan Sedap

 

Pencarian resepi :

Resepi Sup Ayam Kampung Yang Istimewa Mudah Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *