Resepi Pulut Kuning Kukus Simple dan Sedap tak susah sangat untuk dimasak, kunci utama ialah gunakan santan pekat yang segar dan bancuh bersama garam sehingga masin dan bangkit lemaknya beras pulut pula harus direndam dengan masa yang lama supaya lembut apabila dikukus.

Untuk pulut ini, saya cuma menyediakan telur dadar nipis yang digulung dan dihiris nipis. Telur dadar seperti ini memang sinonim dengan pulut kuning. Jom kita layan resepi pulut kuning kukus, Jom kita layan resepi pulut kuning kukus nya:

 

Resepi Pulut Kuning Kukus Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras pulut
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1000 ml santan kelapa – dari sebiji kelapa
  • garam secukup rasa
  • 1 inci kunyit hidup – tumbuh dan tapis air
  • 1 helai daun pandan- disimpul
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 camca teh minyak masak

Read More : 

Cara Membuatnya

  1. Cuci pulut hingga bersih kemudian masukan kedalam bekas cukup besar selepas tu tuangkan air hingga terendam.
  2. Masukan kunyit hidup bersama serbuk kunyit dan asam gelugor dan kacau rata kemudian rendam pulut selama 6 jam. agar warna kuning sekata sekali-kali gaulkan pulut tadi.
  3. Panaskan kukus dan toskan pulut kemudian masukan kedalam loyang yang sesuai.
  4. Masukan juga daun pandan agar baunya lebih harum dan tekan agar daun pandan tadi tenggelam.
  5. Sementara itu dalam bekas lain campurkan santan (900ml) bersama garam, dan minyak kemudian kacau hingga rata dan tuangkan kedalam pulut tadi hingga pulut tadi terendam santan. dengan menggunakan api besar masak selama 30 minit.
  6. Selepas dimasak selama 30 minit balik-balikan tadi agar masak sekata. sisa baki santan (100ml) tadi sudukan keatas pulut dan gaul hingga rata.
  7. Kukus pulut tadi hingga masak atau lebih kurang 10 – 15 minit.

Bila sudah masak sangat sesuai dimakan bersama rendang ayam atau bisa juga dengan kari ayam. selamat mencuba…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resepi Sup Ayam Kampung yang Istimewa Mudah dan Simple

Pencarian resepi :

Resepi Pulut Kuning Kukus Simple Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *