jadi utk entry hari ni nak kongsi Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap dan Simple. Sebenarnya sebelum masak2 utk tetamu, minggu lepas dah masak2 utk mkn kami sekeluarga.

makanan ini sangat popular masyarakat malaysia. resepi yang saya kongsikan ini sangat mudah dan bagi anda yang tak reti nasi minyak harapnya entri ini boleh membantu anda yang sedang kebingungan hendak memasak.

Nasi minyak begitu popular di Ganu Kite. Nak bagi orang terliur lah tuuuuuuuu. mencikkkkkkkk bila nak banjer nasi minyak nih?? hehehehe

Resepi Nasi Minyak Terengganu enakdan simple

Jom lihat resipi nasi minyak gulai ayam Terengganu bagi mereka yang ingin mencubanya.

Bahan Nasi

  • 1 kg beras siam
  • 4 ulas bawang putih – mayang
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 cm halia – hiris
  • 125 ml susu cair
  • 1 biji bawang besar – mayang
  • 1 1/4 liter air
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukupnya
  • Bahan Tumis Nasi
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan Gulai

  • 1 ekor ayam – potong mengikut selera
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 biji kentang dibelah
  • 125 ml santan pekat
  • 3 sudu besat rempah kari
  • 20 ml air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • air secukupnya
  • gula melaka, garam, dan gula secukup rasa

Read More :

Bahan Tumis Gulai

  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga

Bahan Kisar gulai

  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang kunyit putih

Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu

Masak Nasi

  1. Cuci bersih beras kemudian toskan. kemudian panaskan minyak bersamaminyak sapi dan marjerin.
  2. Tumis bahan tumis nasi bersama bawang putih, halia, bawang besar, dan daun pandan hingga wangi.
  3. Kemudian masukan air dan kacau rata hingga biarkan mendidih. selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.
  4. Akhir sekali, kacau rata dan biarkan nasi masak

Masak Gulai

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian bahan tumis gulai bersama cili giling. masak hingga wangi dan garing.
  2. Kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata. bila sudah garing masukan rempah kari yang dibancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.
  3. Masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa. biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan gula melaka, garam, dan gula secukupnya biarkan hingga kuah pekat dan mendidih. gunakan api sederhana supaya ayam masak sempurna
  5. Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resepi Pulut Kuning Kukus Simple dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *