Hari ini, Alhamdulillah diberi kudrat olehNYA untuk menyediakan Bubur Asyura ini. Dan lagi satu bonda Kak imah pesan, kalau kita buat Bubur Asyura atau Bubur Lambuk, tak boleh makan sorang-sorang, mesti diberi kepada jiran-jiran sebagai suatu sedeqah.

Sebenarnya memasak Bubur Asyura ini boleh dikatakan mudah juga, cuma ambil masa untuk proses penyediaan bahan-bahannya. Walaupun mudah, tapi bila tiba bab mengacau Bubur Asyura ini memang diakui penat. Bermula dari kita naikkannya di atas dapur sehinggalah ke akhir, kita perlu mengacaunya tanpa berhenti dan menggunakan api yang sederhana.

Resepi Bubur Asyura Kedah Paling Sedap dan Simple

Resepi Bubur Asyura Kedah Paling Sedap dn Simple yang saya kongsikan ini sudah saya ubah sesuaikan dengan selera saya, jadi apabila tidak sesuai dengan selera anda boleh disesuaikan bahan mengikut citara anda. tetapi resepi ini saya cuba memang sedap.. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 tin jagung (siap dalam tin)
  • 1/2 cawa kacang hijau rebus
  • 1 biji pisang – potong dadu kecil
  • 8 sudu besar gula pasir – boleh disesuaikan dengan selera anda
  • 5 cawan santan
  • 1 biji kaledek – rebus 1/2 masak, potong dadu)
  • sedikit garam
  • 1/2 ketul gula melaka

Baca Juga :

Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali besar campurkan gula, garam, santan, dan tepung beras.. kemudian maska hingga mendidih menggunakan api sederhana.. ketika memasak kacau selalu.
  2. Masukkan pisang, jagung, kacang hijau, dan keledek dan kacau lagi hingga kaledek empuk. masak hingga adunan menjadi empuk dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  3. Untuk memastikan adunan ini masak dengan elok, ambil sedikit daripada adunan tadi dan letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk sebenar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di atas piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna adunan tadi telah masak.
  4. Setelah masak, tuangkan adunan tadi di dalam bekas. Biar sejuk sebentar di luar, kemudian masukkan di dalam peti ais untuk disejukkan. Untuk lebih wangi, lapik daun pisang terlebih dahulu di dalam bekas sebelum adunan dituang.
  5. saya paling suka makan bubur asyura apabila masih suam-suam panas dan apabila sudah sejuk juga sama sedapnya..

Apabila anda tak suka pisang tak letak pun juga tak pe. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda. selamat mencuba!

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap dan Simple

Resepi Bubur Asyura Kedah Paling Sedap Dn Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *