Assalamualaikum…

Malam ni saya kena share juga Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai yang Simple. Serius memang saya sendiri pun tak sabar nak share resepi ni. Sekurang2nya bila ibu2 masak bagi suami dan anak2 makan. Mereka semua happy.

Resepi ni memang lain sikit daripada orang lain kerana saya letak susu cair. Untuk bahan perencah, saya syor 100% daripada Thai. Pastikan produk yang anda makan halal semestinya untuk nak dimakan sekeluarga.

Senang jer ceduk beberapa sudu kuah pekat dan masukkannya ke dalam periuk dengan bahan bahan lain. Tomyam ayam pekat ala Thai ini cepat dan simple buatnya.

Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai yang Simple

Jom kita layan resepi tomyam ayam pekat ala Thai di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1/4 ekor ayam – potong kecil
  • 3 biji cili padi
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah
  • 2 sudu perencah tomyam
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 biji tomato
  • pelbagai sayuran – saya gunakan carrot & caulifower
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 cm halia – ketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • air secukupnya
  • gula dan garam
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu susu pekat

Bahan Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 1 – 9 biji cili merah – sesuaikan pedas menurut selera
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai

Baca Juga : 

Bahan Sayur Sayuran

  • Bunga kubis
  • Karot
  • Cendawan
  • Putik jagung

Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

  1. Mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati.
  2. Masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut, dan bawang besar. halia, dan sayur. biarkan sekejap.
  3. Perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam, susu pekat, dan tomato.
  4. Akhir sekali, bila sudah masak boleh matikan api dan siap dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.

Mudah je kan resepi tomyam ayam pekat ala Thai yang telah saya kongsikan diatas? Hidangkan tomyam semasa masih panas panas. Lebih sedap.

Tips :

  1. Masukkan tomato ketika mendidih yang terakhir, biar untuk beberapa saat sahaja. Kalau lama sangat nanti tomato akan hancur dan lembik.
  2. Jangka masa untuk masak tomyam ni lebih kurang dalam 15 minit je. Memang jimat masa dan tenaga. Semua benda ada dalam 1 mangkuk. Masak nasi lagi lama daripada masak tomyam.hehee.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resepi Bubur Asyura Kedah Paling Sedap dn Simple

Pencarian resepi :

Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai Yang Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *