Apa khabar pengunjung blog Resepinasiayam.net semua?
Mesti semua sihat-sihatkan..harap-harap begitulah..kalau yang tak sihat tu, pergilah ke klinik berjumpa doktor.Itu yang terbaik dari dibiar penyakit itu berlarutan

Hari ini terasa macam dah lama tak post apa-apa masakan dalam blog ni.Rasa macam kurang sesuatu lak. Disebabkan hari ini saya just masak gulai ikan saja so saya post yang ni lah. Saya rasa masakan ni sure semua orang tahu buatkan.Pejam mata pun leh buat…tapi dari tak ada apa-apa..lebih baik adakan!!…Dah rindu sangat nak posting..gulai ikan pun kira ok la!! Jom kita layan Resepi Gulai Ikan Temenung Simple dan Sedap di bawah ini.

Resepi Gulai Ikan Temenung Simple dan Sedap Perlu di Cuba

Bahan-bahan Resepi Gulai Ikan Temenung Simple 

Berikut adalah bahan-bahan untuk masak gulai ikan temenung simple. Antara bahan yang saya gunakan ialah:

  • 3 ulas bawang putih – dihiris kasar.
  • Satu pekat rempah ikan – saya gunakan rempah Faiza.
  • 3 ulas bawang merah kecil – dihiris kasar.
  • Satu sudu teh halba campur.
  • 3 tangkai daun kari.
  • 6 ekor ikan temenung segar. Santan pekat.
  • 2 biji tomato.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Baca Juga :

Cara memasak gulai ikan temenung simple.

  1. Untuk resepi gulai ikan temenung simple ini, saya sediakan cara masak yang paling mudah untuk anda pelajari.
  2. Bancuh rempah ikan bersama dengan sedikit air sehingga ia menjadi pes.
  3. Kemudian, tumbuk 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halba campur sehingga lumat.
  4. Seterusnya, gaulkan bahan tumbuk tadi bersama rempah ikan sehingga sebati.
  5. Panaskan minyak, masak dengan api yang sederhana supaya bahan tumisan tidak mudah hanggit.
  6. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan kacau sekata. Masak sehingga rempah pecah minyak. Kacau sentiasa supaya bahagian bawah tidak mudah hangit.
  7. Seterusnya, masukkan santan dan asam keping.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa, tunggu sekejap dan masukkan ikan dan tomato.
  9. Masak sehingga mendidih dan tutupkan api.
  10. Gulai ikan temenung siap untuk dihidangkan.

Setelah selesai dimasak, sila angkat ikan dari perisa-perisa rebus dan berkhidmat dalam menyajikan hidangan. Siramkan kekal ikan kari kelapa perasa untuk rasa dan rasa serta menyediakan bahan pelengkap di dalamnya. Jadi resipi untuk membuat ikan kari kelapa adalah lazat dan kembung.

Jangan lupa untuk berkongsi resipi istimewa ini dengan rakan-rakan dan sahabat dan berikan komen anda juga.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai yang Simple

Pencarian resepi :

Resepi Gulai Ikan Temenung Simple Dan Sedap Perlu Di Cuba

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *