Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera…

Pening nak masak apa untuk harini? Ada tak diantara uolss penggemar siput sedut masak lemak cili api?? Tapi malas atau tak tahu macam mana nak masak?? Saya sekeluarga antara penggemar masakan ni. Kalau masak, anak beranak pakat kerumun je kat siput sedut.. Tak cukup sekilo..

Jom saya kongsikan RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API TERANGKAT YANG MUDAH, RINGKAS DAN SEDAP versi saya 🙂

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Simpe dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gambar dibawah:

Bahan-Bahan

  • 1 kg siput kedut – rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
  • 10 – 15 biji cili padi – kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup – kisar halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 inci halia – kisar halus
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 5 ulas bawang merah – kisar halus
  • 2 ikat pucuk ubi

Baca Juga :

Cara Membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

  1. Mula-mula pucuk ubi diambil bahagian pucuk daun yang lembut kemudian rebus hingga lembut dan toskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.
  3. Masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. kemudian masukan pucuk ubi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya
  4. Akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Oke boleh matika api dan siap dihidangkan.

NOTE:

Petua orang tua-tua untuk bersihkan siput serta bau dari lumpur dengan menggunakan hampas kelapa. Ramas hampas kelapa bersama-sama siput tadi, kemudian direndam dengan air garam.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Gulai Ikan Temenung Simple dan Sedap Perlu di Cuba

Pencarian resepi :

Resepi Siput Masak Lemak Cili Api Simpe Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *