Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah dan Sedap : Saya memang penggemar sayur kangkung dan masakan ni memang selalu sangat disediakan di rumah. Kangkung bukanlah sayur yang mahal tetapi jika kena cara masakannya memang ramai yang suka. Gabungan pedas cili, ikan bilis dan bawang yang dikisar ditambah sedikit menghasilkan kuah yang pekat dan sedap. Rakan sebilik masa belajar dulu yang tunjukkan resepi ni. Sila lah cuba ye

Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan (3-4 orang)

  • 1 ikat kangkung
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Sedikit air
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).

Nah seperti itulah proses pembuatan cah kangkung belacan yang sangat mudah sekali dibuatnya, masakan ini hanya untuk 3 – 4 porsi, silahkan anda tambahkan bahan-bahannya jika anda ingin membuatnya melebihi dari 4 porsi.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Siput Masak Lemak Cili Api Simpe dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *