Ayam Percik Kelantan Original Paling Mudah Makanan ini merupakan makanan yang mempunyai reputasinya yang tersendiri.Ayam percik Kelantan jika mengikut adat mahupun budayanya adalah hidangan makanan yang paling tinggi darjatnya dalam semua hidangan makanan di Kelantan. Rasanya sangat lazat dan menyelerakan. Menurut salah seorang pembuat dan penjual ayam percik di kelantan, utusan Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra pernah beberapa kali membuat tempahan ayam percik untuk santapan dan keraian istana.

Resepi Ayam percik Kelantan ini hanya dihidangkan kepada mereka-mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat contohnya dihidangkan kepada tok-tok guru,imam dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya.Malah diberitakan sekiranya ada majlis-majlis kenduri maka hidangan ini tidak akan dapat di sentuh oleh mereka-mereka yang lain waima kanak-kanak sekalipun.

Resepi Ayam Percik Kelantan Original

 

Di zaman yang serba moden ini,semua pihak sudah boleh membuat dan merasa ayam percik pelbagai jenis.Kebiasaanya ayam percik kuah putih ini sesuai dihidang kepada kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas.Yang pastinya ayam percik ini sangat senang untuk dimasak dan bahan – bahan yang digunakan sangat ringkas.

Baca Juga :

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perap

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan Kuah

  • 10 ulas bawang merah
  • 3 – 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Penyediaan

  1. Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  2. Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.
  3. Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.
  5. Kesimpulan yang dapat dikongsikan bersama anda semua adalah lihatlah betapa hebatnya hidangan respi ayam percik Kelantan tersebut , mempunyai darjatnya yang tersendiri dan menjadi satu kebanggaan dan pentas penghargaan kepada mereka-mereka yang terpilih sahaja.
  6. Begitulah juga dengan bangsa Melayu hari ini , Melayu sebenarnya mempunyai darjat dan kehebatannya yang tersendiri maka pelihara dan pertahankanlah ia.Jangan jadi seperti mana hidangan ayam percik Kelantan yang ada sekarang ini kerana ianya hanyalah sekadar menu di sebuah restoran makanan di Kuala Lumpur yang hanya berharga tetapi tidak lagi mempunyai keunikan darjatnya.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Merah

 

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Ayam Percik Kelantan Original Paling Mudah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *