Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ni kita masak resepi lauk kegemaran anak2 iaitu ayam masak merah.Resepi kali ni ada sedikit kelainan kerana menggunakan kisaran buah tomato menggantikan sos tomato/ tomato puree. Kebetulan ada banyak buah tomato yang kulitnya dah kupas untuk buat bunga ros dekorasi di atas pulut kuning tempahan customer.

Maka.. bergolek2lah buah tomato yang tak berbaju tu dalam peti sejuk.. Nampaknya.. kena gunakan tomato tu cepat supaya ianya tak rosak. Maklumlah bila buahnya dah dikupas kulit.. ketahanannya tak sama macam tomato berkulit. Nak dibuat ulam macam tak best je bila dah tak berkulit. Jadi kenalah gunakan dalam masakan supaya ia tidak dibazirkan…

Jom tengok resepi olahan ni..

Bahan-Bahan

  • 3/4 ekor ayam (saiz kecil) – dipotong saiz sesuai
  • 3 biji tomato ranum – dikisar dengan 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besaqr sos tiram
  • 4 senduk penuh cili kering + bawang putih + bawang besar – blender
  • 4 sudu kecil gula pasir
  • 1 biji bawang besar – hiris kasar
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa secukup rasa

Resepi Ayam Masak Merah Paling Simel

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ayam kemudian gaul dengan kunyit dan garam selepas tu digoreng sehingga 3/4 masak
  2. Kurangkan minyak dalam kuali cukup-cukup untuk menumis bahan kisar dan tumis bahan kisar dan tomato sehingga naik bau dan wangi
  3. Kemudian tambahkan sos cili, sos tiram, garam, gula, dan serbuk perasa. selepas tu tambahkan dengan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga sos mendidih
  4. Masukan ayam yang sudah digoreng tadi dan bawang hiris. kemudian kacau sehingga kuah berkurang atau biarkan berkuah sedikit bila suka berkuah.
  5. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Mudah

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *