Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Mudah : Asam pedas ikan ( tak kira ikan apa sekali pun) adalah my favorite, favorite, favorite food. Yang menjadi kegilaan saya tentang masakan ini adalah rasanya yang unik. Sangat, sangat sedap dengan gabungan 3 rasa iaitu masin, masam dan sedikit manis.

Tekak saya tentang masakan ini agak cerewet. Pernah juga makan di restoran-restoran atau makan masakan orang lain. Tetapi tidak semua asam pedas dapat menawan hati saya. Silapnya kerana mereka tidak pandai seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya sebabnya rata-rata resepi asam pedas ni lebih kurang sama saja mana-mana pun. Sedap tak sedap asam pedas ni bergantung pada kebijaksanaan kita menyesuaikan rasanya.

Asam pedas versi saya memang merah dan pekat tetapi ia langsung tak pedas!! bahkan anak saya boleh menghirup kuahnya. Saya tidak suka asam pedas yang terlalu pedas kerana ia akan mengganggu konsentrasi saya untuk mengecapi keenakkannya.

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Mudah

Petua untuk membuat asam pedas yang sedap versi saya??? Ok saya saya tulis ye..

  1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
  2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
  3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap)
  4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi Likopen ( antioksida ).
  5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
  8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.

Read More :

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kembong – bersihkan dan potong 2
  • 10 batang bendi
  • 1 batang serai – dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • air secukupnya

Bahan Kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan

Cara Buat Asam Pedas Ikan Kembong

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. tumis sehingga terbit minyak dan harum.
  2. Masukan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. masukan daun kesum dan perasakan dengan garam.
  3. Masukan ikan dan biarkan merenih dan empuk. masukan bendi dan bunga kantan. bila bendi dah hancur atau lebur dan ikan kembong asam pedas siap untuk dihidangkan.
  4. Masak memasak ini nampak susah, tetapi boleh jadikan ianya perkara yang sangat seronok, sebab yang sesuatu perkara kita buat secara spontan dan cepat selalunya sedap.

Selamat mencuba resepi yang sedang-sedang aja ini.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah dan Sedap

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Mudah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *