Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari ni saya masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga. Kalau dah peminat no 1 asam pedas, kalau makan kat luar pun mesti nak cari asam pedas juga. Tapi biasalahkan, kalau masak sendiri, lagi puas hati dan puas makan. Resepi ni biasa2 je, yg penting kita guna ikan segar yg menepati citarasa kit. barulah masakan kita tu. Kalau lauk asam pedas, laparnya terus lain macam, kenyangnya pun lain macam juga. Jomlah tengok resepi mudah ni, kang meleret2 plk berceloteh kat sini…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan-bahannya :

  •  1 ekor ikan merah
  •  10 tangkai cili kering-dikisar
  •  5 biji bawang merah-dikisar
  •  5 ulas bawang putih-dikisar
  •  5 batang serai-dikisar
  •  10 gram belacan
  •  3 sudu air asam jawa
  •  Beberapa tangkai daun kesum
  •  sayuran, bendi, terong, tomato jika suka
  •  Sedikit garam

Cara memasaknya :

  1. Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan belacan dan kacau sebati.
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan sedikit mendidih.
  4. Masukkan sedikit air bersama ikan merah yang telah dibersihkan ke dalam bahan tadi.
  5. Biarkan seketika.
  6. Masukkan sayur kegemaran. Ikan tak perlu di gaul sangat takut isinya hancur.
  7. Akhir sekali taburkan garam secukup rasa dan daun kesum kedalamnya.sedia dihidangkan.

Tips :

  • Cili kering panjang berkerinting paling sedap buat masak.
  • Ikan cuci dulu dgn air asam jawa (kurangkan hanyir dia)Nak lagi power tmbh serbuk lada hitam
  • Menumis dgn minyak yg byk lg cpt msk, tp lps tu bleh le di buang minyaknya ketika sudah msk.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap dan Simple

Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *