Kali ni nak share sikit resepi Nasi Minyak yang aku buat kemarin. Mudah je.. Yang jadi susah bila banyak tangan.. Boleh baca entry “Nasi Minyak,

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras basmathi (teman guna beras Jasmine Super Import)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
  • 1/2 cawan kismis
  • 2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul (teman potong 4 je daun pandan tu)
  • 1 batang serai di titik
  • 1 inci halia di hiris kasar
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak jagung (teman tak letak)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 kiub ikan bilis
  • Biji Gajus (goreng dulu pastu letak time nasi dah masak)
  • Pewarna kuning telur (teman guna serbuk kunyit je..letak dalam periuk masa masukkan susu dan air tadi)

Kongsi Resepi Nasi Minyak Malaysia yang Mudah dan Sedap

REMPAH TUMIS

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkit
  • 3 biji pelaga

Saya menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. beliau suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. teman pun suka beras jasmine ni.. sekarang pun pakai beras jasmine tapi bukan basmathi la kan.. beras wangi pun bukan.. beras jasmine yang Super Import tu je.. oh.. lupa pulak, Saya juga mencadangkan boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza

Resepi yang teman masak ni memang teman guna ikut resepi Blogger ita.. so, teman tepek aje resepi dari Blog Blogger Ita ni yea.. mintak Izin yea kak Ita.. Kalau korang nak tengok versi resepinasiayam.net ,

Ok.. Mula-mula Cuci Beras dan rendam dahulu selama 20 minit. Kemudian beras di tapis dan di toskan .
(Tapi teman pakai beras Jasmine biasa, so takde la rendam dulu..)

Bahan-bahan untuk memasak nasi

  1. Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah .
  2. Hiriskan juga halia kasar-kasar. Hiris halia kasar supaya mudah masa nak asingkan bila nasi dah masak nanti.
  3. Titik dahulu serai dan simpulkan daun pandan (cara teman: suka potong pendek2)

 Jom kita mula memasak!

Cara memasaknya :

  1. Basuh beras dan rendam beras lebih kurang sejam .
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
  3. Kemudian masukkan air , susu cair , daun pandan dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan beras , garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.
  4. Selepas dikacau sebati , angkat periuk nasi di atas dapur dan masukkan ke dalam badan periuk nasi elektrik untuk proses memasak seterusnya (macam kita masak nasi biasa guna eletrik).
  5. Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini menjadi nasi miyak.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Nasi Bukhari Sedap dan Simple

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Nasi Minyak Malaysia Yang Mudah Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *