Pagi ini nak Kongsikan sikit resipi Biskut Kacang Tanah Tradisi yang sangatlah sedap ini. Saya telah mencubanya semalam dan hasilnya sungguh memuaskan, anak-anak dan suami amat gemarkannya…sedap kata mereka. Dalam banyak2 resipi biskut kacang mazola yang pernah saya cuba sebelum ini,

Biskut kacang tanah tradisi or traditional peanut cookies, yang tradisi ramuannya mengguna minyak sayuran seperti minyak sawit atau minyak jagung dan di sini kita guna minyak jagung Mazola, ianya tidak menggunakan majerin atau mentega, rasa kacang tanah yang mewah dengan campuran mentega kacang (peanut butter) dan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan kisar halus….tersangatlah sedap sekali – ringan dan cair di mulut…MasyaAllah sedapnya. Anda harus mencuba untuk merasai apa yang saya rasa.

Resepi Biskut Kacang Tanah Traditional Rangup

Bahan-Bahan

  • 140 gm tepung gandum – ayak
  • 130 gm peanut butter
  • 100 gm serbuk kacang tanah
  • 200 ml minyak jagung
  • 125 gm gula aising
  • 30 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Buat Biskut Kacang Tanah

  1. Pukul gula aising dan peanut butter hingga rata kemudian masukan serbuk kacang tanah, baking powder, tepung, esen vanilla dan garam. gaul hingga rata.
  2. Masukan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
  3. Ambil 1 sudu teh adunan dan gentel menjadi bebola. kemudian sapukan bebola dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengah bebola tadi.
  4. Masukan dan bakar pada oven bersuhu 140 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
  5. Akhir sekali, bila dah masak sejukan dahulu kemudian baru boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Tips

  • Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus.
  • Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

selamat mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Biskut Oat Crunchy Mudah – Kuih Raya

Resepi Biskut Kacang Tanah Traditional Rangup – Kuih Raya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *