resepinasiayam.net Ha cantik kan…warna warni, sebenarnya biskut ni popular di Indonesia dan Singapore.Sekarang dah mula popular di Malaysia.Sangat simple,rangup dan sedap.Sesuai untuk kanak-kanak kerana teksturnya yang rangup dan lembut.Boleh dijadikan biskut raya atau doorgift.

Lidah Kucing Rainbow

Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega/ butter
  • 200 gm tepung gandum
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 6 warna berbeza (merah, kuning, hijau, biru, orange, purple)
  • dulang khas lidah kucing – boleh beli di kedai-kedai bakeri, banyak saiz dan harga lebih
    kurang RM22

Cara Buat Biskut Lidah Kucing

1. siapkan loyang pembakar tapi sebelumnya sudah digris dengan sedikit butter. kemudian ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex dan ketepikan.

2. pukul gula dan butter di dalam mixer hingga berkrim. kemudian masukan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati. masukan juga tepung dan dengan menggunakan spatula kaup balik hingga rata.

3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakan setiap pewarna kepada setiap bahagian. gunakan warna setitik sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yang telah masak.

4. sediakan bag plastik dan masukan adunan berwarna tadi dalam bag plastik untuk setiap warna berlainan. potong hujung bag plastik tadi dan paipkan ke atas loyang tapi ingat jangan paipkan terlampau penuh kerana nanti adunan akan mengembang.

5. akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150’C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. sebelum simpan biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba. Yang pasti, kalau buat biskut ni, budak-budak kecik mesti suka. Satu sebab rasa dia sedap lemak-lemak manis gitu. Dua sebab kalerful meriah. Tapi jangan kata budak-budak, mak budak pun suka! Hahaha. Cubalah ye =)

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Biskut Badam Sedap dan Rangup Sangat

Kongsi Resepi Biskut Lidah Kucing – Rainbow Cookies

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *