Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari ni nak kongsikan bersama resepi tart nenas gulung yg saya buat malam tadi. Kalau buat tart gulung ni, tak boleh awal2 sebab abes di makan sendiri je. Tak sempat nak buat raya. Kali ni saya buat 3 adunan sekali, senang keje tak payah ulang2 lagi. Mana kuih tart yg nak buat raya asingkan dan sembunyikan dulu..hehehe..mana yg nak buat makan bolehlah letak atas meja. Kali ni mmng puaslah anak2 dan suami makan sebab saya buat sendiri dan dapat banyak.

Kalau ada kawan2 yg mencari2 resepi tart tu..bolehlah mencuba resepi ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.

Bahan Untuk Jem

  • 600 gm gula
  • 3 titik pewarna kulit
  • 2 biji nenas – parut kemudian toskan airnya
  • 1 batang kayu manis

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan Tart

  • 125 gm butter – saya gunakan premium anchor butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar tepung kastard @
  • 1 3/4 cawan tepung gandum @
  • 1/2 sudu kecil garam – secukupnya
  • 1/4 cawan tepung jagung @

Bahan Hiasan

  • 1 sudu air
  • 1 biji kuning telur
  • setitik pewarna kuning

Cara Penyediaan

a) Cara Untuk Membuat Jem Nenas

  1. Mula-mula nenas yang sudah diparut tadi dimasak bersama gula
  2. Bila sudah hampir agak kering masukan kayu manis bersama pewarna kuning
  3. Msak dengan api sederhana sampai agak kering

b) Cara untuk Membuat Tart Gulung

  1. Pukul mentega/ butter bersama gula sehingga berkrim dan berwarna putih (butter di keluarkan pada suhu bilik)
  2. Masukan minyak sapi, garam secukupnya, dan kuning telur kemudian kacau hingga sebati.
  3. Tepung yang bertanda [@] di ayak kemudian masukan secara perlahan kedalam adunan sampai menjadi adunan doh yang lembut. biarkan sekejap.
  4. Kemudian masukan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
  5. Siapkan loyang yang sudah dilapik dengan baking paper atau boleh juga digriskan dengan mentega kemudian susun adunan yang sudah di gulung tadi diatas loyang.

c) Cara untuk Bahan Hiasan

  1. Kacau sebati kuning telur bersama pewarna kuning dan air kemudian sapukan diatas diatas tart gulung yang sudah kita susun diatas loyang tadi.
  2. Akhir seklai, panaskan oven pada suhu 175″C dan bakar kuih selama lebih kurang 25 minit. dan bila sudah masak tart nenas siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye, babai!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Brownies Kedut Malaysia

Kongsi Resepi Tart Nenas Gulung Rangup Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *