Hai semua,
Trending sekarang ialah Brownies Kedut. Actually brownies jika dibuat mengikut teknik yang betul memang akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut, shining dan crack. Brownies ni jenis kek mampat yang teksturenya dense dan rasanya memang kaya dengan coklat. Resepi brownies yang bagus ialah resepi yang kuantiti coklatnya lebih banyak dari kuantiti tepung.

Brownies kedut

Tips Brownies Lebih Sedap

  • Guna sedikit garam kasar. Pengunaan garam dalam membuat kek dan biskut bukanlah sesuatu yang pelik. Secubit garam mampu mebangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Boleh cairkan garam kasar bersama butter atau bersama coklat.
  • Guna butter yang berkualiti. Jangan sesekali guna marjerin. Ada sesetengah resepi brwonies menggunakan minyak. Guna minyak jagung dari menggunakan minyak sayuran biasa (minyak masak).
  • Jangan terlebih bakar. Brownies yang sedap sediit moist didalamnya. Kalau terlebih bakar, brownies akan cepat mengeras dan kering. Jadi masa bakar brownies kena hati-hati jangan overbaked

Ok Jom tengok resepi Brownies Kedut

BAHAN 1

  • 100 gm butter suhu bilik ( boleh guna butter cup or real butter (csc dll )
  • 100 gm gula biasa
  • 90 gm gula perang
  • 2 biji telur

BAHAN 2

  • 40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk
    compound chocolate
  • secubit nescafe

BAHAN 3

  • 100gm tepung gandum
  • 40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )
  • 3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dengan spatula

BAHAN 4

  • 90 gm dark chocolate button jenama beryls

p/s : kalau boleh pastikan guna periuk yang berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata

CARA- CARA

  1. Masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas api perlahan sampai butter cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu caramelized
  2. Bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. proses ni penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.
  3. Tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
  4. Kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40gm dan secubit nescafe. kacau sehingga coklat cair dan sebati
  5. Coklat ni penting juga untuk dapatkan permukaan kedut yang licin dan berkilat
  6. Tukar kepada spatula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama dan diayak. kacau secara kaup balik, sehingga licin
  7. Selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit,nak bagi adunan tu suam-suam kuku.lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gm. kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
  8. Tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 atau 7 x 7 boleh tapi tebal sikit yang telah dialas dengan parchment paper.kalau nak letak topping kacang atau coklat button boleh letak.. tapi sebelum tu kacang perlu dipanggang sekejap
  9. Bakar pada suhu 160C dalam 25 minit sahaja. jangan overbake nanti jadi biskut.tentang oven ni kena faham dengan suhu oven masing-masing. yang pasti suhu kena rendah ya

Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.

  • Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.
  • Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.
  • Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.
  • Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk.

Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.

selamat mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Kari Daging Pekat Simple dan Ringkas

Kongsi Resepi Brownies Kedut Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *