As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Kari masak apa pun sedap. Kari daging, kari ayam , kari udang, kari ketam, kari telur rebus…. Macam-macam pun boleh dimasak kari. Kuah kari lak kalau yang pekat tuu sedap dibuat cecah sama roti. Sebuku roti pun tak perasan dah licin. Nak nak kalau kuah karinya sedap!

Payah nak cerita. Kuah kari ni kategori subjektif. Setiap orang punya selera yang berlainan. Ada yang suka style mamak, style baba nyoya dan ada yang suka yang simple. Asalkan ada rasa kari! Tepuk dada tanya lah selera.

Resepi Kari Daging Pekat Simple dan mudah

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging – potong nipis
  • 3 sudu besar rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 4 ulas bawang putih – hiris halus
  • 6 ulas bawang merah – hiris halus
  • 1 inchi halia – hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 biji cengkih
  • 2 biji kentang – potong 4
  • daun kari beberapa helai
  • garam secukupnya

Cara Membuat Anyaman Ketupat Mudah dan Simple

Kongsi Resepi Ayam Percik Kelantan Original Paling Mudah

Cara Membuat Kari Daging

  1. Daging yang sudah dihiris nipis di rebus hingga empuk, apabila sudah empuk asingkan dan air rebusan daging tadi jangan dibuang sebab nanti air rebusan daging akan digunakan semula untuk kuahnya.
  2. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis buga lawang, kau manis, dan cengkih hingga harum. selepas itu masukkan bawang merah, halia, dan bawnag putih yang sudah di hiris halus tadi. tumis hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air bersama beberapa helai daun kari. tumis hingga terbit minyak dan harum.
  4. Apabila sudah terbit minyak, masukkan daging yang sudah direbus tadi bersama air secukupnya (apabila anda ingin pekat guna sedikit air sahaja) dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan kentang yang sudah dipotong dan masak hingga kentang hampir empuk, selepas itu masukkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Masak sekejap dan tutup api, siap untuk dihidangkan..

Suka saya nak kenalkan jenama rempah kari yang sekarang memang jenama ini sahaja yang saya gunakan dalam masakan kari saya, samada kari daging atau ayam, suami dan anak-anak memang lebih suka rasa rempah kari ini. Walaupun ia khusus untuk mee kari tapi ada saya kisah hehe, yang penting sedap.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Kari Daging Pekat Simple Dan Ringkas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *