resepinasiayam.net Setiap hujung minggu, kami sekeluarga memang suka pergi ke pelbagai restoran untuk cuba merasai masakan yang berbeza-beza. Setiap kali saya pergi ke restoran, jumpa je orang makan chicken chop. Saya sebenar memang suka juga chicken chop, tetapi rasa bosan makan ayam je. Mesti lah cuba masakan yang lain kalau pergi ke restoran. Tapi bila di rumah boleh cuba buatnya.

Chicken Chop

Bahan-Bahan

  • 4 – 5 bahagian ayam – dada/peha dan buang tulang
  • 5 inci halia – kisar halus
  • 2 sudu besar saus manis
  • 2 sudu besar saus tiram
  • 3 ulas bawnag putih – kisar halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukupnya

Bahan Salutan

  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur – kacau
  • 100 gm bread crumbs

Resepi Chicken Chop Black Pepper

Cara Membuatnya

  1. Mula-mula bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada sulah, saus tiram, saus manis, bahan kisar, dan garam. lepas tu masuka dalam tupperware dan perap selama lebih kurang 4 jam dalam peti ais.
  2. Kemudian bila sudah cukup masa, ambil ayam perap tadi gaul dengan tepunbg gandum. siapkan mangkuk dan pecahkan telur kemudian kacau.
  3. Ambil ayam yang sudah digaulkan dengan tepung gandum dan celupkan kedalam telur dan salut dengan breads crumbs.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana hingga warnaya keemasan.

Read More : 

Black Pepper Sauce

Bahan-Bahan

  • 2 sudu kecil saus manis
  • 1 sudu kecil saus tiram
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 1 sudu besar planta
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam @
  • 1 sudu besar tepung jagung @ ( bancuh dengan sedikit air)
  • sedikit garam @

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan kecuali tanda @ kedalam periuk. selepas tu kacau rata dan didihkan diatas api hingga meruap sesekali kacau
  2. Bila sudah meruap masukan sedikit garam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam.
  3. Kacau sekejap dan matikan api.

Cara buat chicken chop memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh juga menyediakan resepi chicken chop sedap dan mudah ni. Mudah-mudahan resepi chicken chop black pepper sauce yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik. Selamat mencuba dan semoga berjaya buatnya.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More:  Kongsi Resepi Tart Nenas Gulung Rangup dan Sedap

Kongsi Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Mudah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *