resepinasiayam.net Salam semua, hehehe. biskut sama macam tahun lepasss..betul, tak tipu punyaa!!!..Excelikan mat akan buat biskut yang selalu mendapat sambutan dan tetamu suka makan. Kalau sedara-mara tua, mereka kurang gemar biskut2 bersalut coklat segala, mereka lebih rela makan biskut yang lebih ke arah tradisional macam kueh bangkit, tat, makmur dan kueh bahulu.

Tapi biskut badam ni mereka suka dan kira boleh masuk. Ada tu tak reti makan mentega, tapi yang heran, minyak sapi makan pulak..Haa berbalik kesah minyak sapi, baru2 ni kan ada pasal penggantungan sijil halal bagi minyak sapi tin hijau tua jenama QBB tuu..adehh, rugi pak tua, ada 1 tin besau koo kat rumah…hmmmm…kena beli jenama lain pulak dahh..

Biskut Badam Resepi Biskut Raya

Bahan-Bahan:

  • 150 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung kastard*
  • 75 gram tepung jagung*
  • 150 gram butter, premium Anchor butter
  • 115 gram gula icing
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60 gram serbuk badam

Bahan untuk hiasan:

  • 1 biji kuning telur
  • badam cincang

Cara Penyediaan:

  1. Putar butter dan gula icing sehingga putih dan berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul kembali sehingga kembang.
  2. Ayak bahan bertanda (*) di dalam mangkuk gaulkan dengan serbuk badam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang sudah kembang tadi sehingga menjadi doh lembut yang boleh diuli. Tidak mengapa jika doh agak sedikit melekit.
  3. Rehatkan doh seketika, boleh juga direhatkan selama 10 minit di dalam peti ais.
  4. Uli sedikit doh dan canai di atas papan setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.
  5. Panaskan oven pada suhu 170 celcius dan bakar selama lebih kurang 15 minit.
sambil susun biskut ni dalam balang sambil ngap,ermmm memang sedap dan rangup sangat.Kalau ada umur raya tahun depan bolehlah buat biskut badam rangup ni. sesiapa yang berminat bolehlah cuba ye.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Mudah

Kongsi Resepi Biskut Badam Sedap Dan Rangup Sangat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *