Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kongsi Resepi Nasi Bukhari Sedap dan Simple Salam sejahtera buat semua. Dah lama akak beli rempah bukhari Faiza ni, baru sekarang akak sempat buat. Banyak sangat waiting list…ntah bila nak habis dan ditunaikan kan…tengok sana sini, semua rasa nak buat. Okeh jom layan resepi yang akak buat untuk santapan seisi family yang agak ramai jugak la sekarang ni sebab anak2 dara masih ada bercuti semester…insyaAllah akhir bulan ni diaorg balik lah ke U masing-masing..

Nasi Bukhari ni sedap pada tekak kami, cukup rasa lemak dan berperisa nasi ni….akak makan tenghari sampai ke malam dengan sukatan di bawah….Cara masak lebih kurang jer la dengan nasi beriyani ke, nasi mandhi ke, nasi arab ke….bezanya rempah2 tu jer laa…Layaaann…

Resepi Nasi Bukhar

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras gred A1 (untuk 6 orang makan)
  • 1 kg daging
  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil cili boh
  • 2 labu bawang besar
  • 7@ 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan kecil kismis
  • Beberapa biji cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis ( rempah menumis )
  • 1 bungkus rempah sup bonjot
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Beberapa hiris halia
  • 4 tangkai daun sup / saderi
  • 6 biji tomato masak
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar perahan air limau nipis
  • 2 sudu perahan air asam jawa

Read More :

Cara membuatnya

  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Daging dipotong segi empat (5 cm x 5 cm) dan dibersihkan.
  3. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Bawang besar, buah tomato dibelah lapan. Daun sup dipotong-potong (lebih kurang 3 cm).
  4. Panaskan periuk dan masukkan setengah cawan minyak serta 2 sudu minyak sapi
  5. Bila minyak sudah panas, masukkan rempah menumis, bawang yang telah ditumbuk dan kacau
    sehingga kelihatan kekuningan.
  6. Masukkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air.
  7. Apabila sudah kelihatan sebati, masukkan ciliboh dan air perahan asam jawa, kacau sehingga rata serta masukkan satu bungkus rempah sup bonjot.
  8. Masukkan daging, kacau dan balik-balikan sehingga rempah meresap
  9. Kemudian masukkan buah tomato dan bawang yang telah dibelah lapan tadi serta dicampurkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  10. Tutup periok dan biarkan ia mendidih sehingga daging kelihatan empuk. Kacau sekali sekala supaya melekat di periuk
  11. Apabila air semakin kering dan daging kelihatan empuk masukkan daun saderi, beras dan 4 cawan air.
  12. Gaul bersama bahan bahan di dalam periuk dan biarkan ia mendidih sehingga kering (seperti memasak nasi biasa)
  13. Apabila nasi hampir masak, masukan perahan air limau nipis dan kismis serta kacau rata.

SELAMAT MENCUBA…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Biskut Kacang Tanah Traditional Rangup – Kuih Raya

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Nasi Bukhari Sedap Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *