Assalamualaikum sayangans…..
Resepi Satay Ayam Sedap dan Mudah : Acara majlis kemaren masih menyisakan banyak nasi tapi lauknya sisa ayam goreng kerana sudah habis dimakan teman kolej. Saya pikir elok juga kalau buat resepi satay ayam dan kuah kacang yang jadi teman nasi putih supaya tiada pembaziran.

Memang sudah lama tidak buat kuah kacang ni. Resepi ini di buat dengan cara kacang goreng di tumbuk halus dengan kulit dilepas dan di beri sedikit minyak sehingga separuh halus. Sate dan kuah kacang ni sangat simple sehingga tak perlu masa lama buatnya.

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging ayam
  • kayu lidi secukup dan direndam semalaman ini agar lidi tidak haungus semasa proses membakar
  • 3 sudu besar madu atau gula merah

Bahan Kisar

  • 3 cm lengkuas
  • 4 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai – hiris ambil bahagian putih sahaja

Bahan Sangai

  • 3 sudu besar biji ketumbar – disangai dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan putih – disangai dan timbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan manis – disangai dan tumbuk halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan Minyak Untuk disapukan semasa bakar

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar air
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 biji buah keras – ditumbuk

satukan semua bahan kecuali serai dan kisar halus serai yang telah ditik perdunya digunakan sebagai berus untuk merejis minyak atas daging.

Resepi Satay Ayam Sedap dan Mudah
Cara Buat Satay Ayam

  1. Potong daging berbentuk kiub kemudian cuci dan toskan airnya. sementara itu kita sangai bahan-bahan tadi dan kisarkan juga semua bahan kisar.
  2. Siapkan bekas kemudian masukan daging ayam yang sudah dipotong tadi bersama madu dan gaul rata. masukan bahan kisar dan bahan sangai ke ayam tadi dan perasakan dengan gula dan garam. kemudian gaul lagi.
  3. Perap ayam selama lebih kurang 3 jam di dalam freezer. tetapi, bila semalan itu lebih baik sebab bahan perapan lebih meresap ke dalam daging.
  4. Keluarkan daging dalam peti ais dan cucukan dengan lidi dan untuk meleperkan daging boleh menggunakan jari tulunjuk dan ibu jari. sisa air perapan jangan dibuang kerana untuk membuat kuah satay.
  5. Pembakaran satay mesti hati-hati jangan sampai lidi hangus terbakar, gunakan minyak merenjis yang disapukan ke seluruh bahagian daging agar daging tidak cepat kering apabila dibakar.
  6. Terbalikan satay 3 – 4 kali agar matang diseluruh bahagian.
  7. mudah je kan resepi satay ayam yang saya kongsikan ini. sekarang kita cuba untuk membuat kuahy satay ayam.

Baca Juga :

 Resepi Kuah Kacang

  • 600 gm kacang tanah – digoreng, separuh tumbuk kasar dan separuh di blender halus

Bahan Kisar

  • 20 tangkai cili kering – digoreng
  • 20 gm udang kering – rendam sekejap dan cuci bersih
  • 4 biji buah keras
  • 3 batang serai – ambil bahagian putih sahaja
  • 5 biji bawang merah ros – belah 4 dan digoreng
  • 1 sudu besar ketumbar – disangai dan kisar halus
  • 1 sudu kecil erbuk jintan manis – disangai dan kisar halus
  • 3 ulas bawang putih – dibelah 2 dan digoreng
  • 3 cm lengkuas
  • 1/2 inci belacan bakar

sangai biji ketumbar dan jintan kemudian angkat dan ketepikan. siapkan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layur kemudian angkat dan ketepikan. goreng juga lada kering, angkat dan ketepikan. kemudian satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

  • 40 gm asam jawa – dicampur air dan ambil jusnya
  • 1 cawan gula kabung dan melaka
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • air perapan daging
  • air secukupnya
  • 1 batang serai – dititik
  • gula dan garam secukupnya

Cara Penyediaan

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis serai yang telah ditik tadi dan masukan semua bahan kisar dan masak sehingga terbit minyak. masukan juga air perapan daging dan renihka sehingga terbit minyak.

2. masukan kacang yang sudah ditumbuk halus sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan masak. bila kuah agak pekat tambahkan air dan renihkan semua bahan tadi sehingga mendidih.

3. masukan gula, garam, gula melaka, air asam dan masukan juga santan. kemudian masakkembali hingga kuah menjadi pekat.

4. akhir sekali, bila kuah dah masak masukan ke dalam bekas dan hidangkan bersama satay.

Itulah resepi sate ayam dan kuah kacang yang boleh saya kongsikan kali ini. Jangan hairan bila lihat kuah kacang belum pekat ketika masih panas kerana ia akan menjadi pekat apabila sudah sejuk. Jadi, pandai-pandailah letakkan air.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More:

Resepi Satay Ayam Sedap Dan Mudah Juga Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *