Apa ya maksud di sebalik nama Penyet itu..? Kita ni tahu makan aje.. tak pernah nak ambil tahu kenapa sesuatu makanan itu di namakan sedemikian. Ramai yang menyatakan penyet tu sama maknanya penyek dalam sebutan kita. Jadi makna Ayam Penyet tu ayam yang di penyek-penyekkan lah ya… ? ops.. masih kurang tepat rupanya..

Penyet itu adalah istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bererti lumat. Bermaksud bahan yang di masak di lumatkan.. dalam istilah bahasa Indonesia.. bumbunya di tumbuk lumat. Di hidangkan pula dengan sambalnya yang juga di tumbuk lumat. Bila di makan pula tempe, tahu, ulam-ulaman atau ayam di lumat-lumatkan pula di dalam sambal sebelum ianya di makan bersama nasi.

Nasi Ayam Penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur. Pada asalnya makanan ini dibuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar. Tempe tersebut kemudian digoreng dan setelah masak disajikan dengan sambal. Lama kelamaan makan ini telah di olah, di tambah pula dengan ayam dan ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi dan sambal.
Kini ianya cukup popular, bukan sahaja di Indonesia, malahan telah menambat hati rakyat Malaysia.

Macam mana dah tak sabar nak mencuba!
Jom kita masuk dapur..

1. Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Penyet

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian.
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!

Cara membuat Ayam Goreng Penyet

  • Rebus ayam selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan untuk masak nasi)
  • Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap beberapa jam (lebih lama lebih bagus, sebaiknya semalaman).
  • Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
  • Setelah perap, golek-golekkan ayam pada tepung beras.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Baca Juga : 

2. Bahan-bahan untuk Sambal Penyet

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara membuat Sambal Penyet

  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata.
  • Rasa sambal yang terhasil. Tambahkan garam dan gula merah mengikut citarasa anda.

3. Bahan-bahan untuk Nasi Penyet

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam

Cara Memasak Nasi Penyet

  • Panaskan butter.
  • Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

4. Cara membuat Sup Ayam Penyet

 

  • 1 bungkus sup bunjut
  • baki air rebusan ayam
  • daun bawang dan daun sup – dihiris
  • bawang goreng – untuk hiasan

Cara Membuat Sup Ayam

#1: baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat sup dan separuh lagi kita buat untuk menanak nasi dan panaskan semual atas dapur, kemudian tambahkan halia, serai, dan sup bunjut dan masak hingga mendidih

#2: selepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun bawang dan daun sup (anda boleh taburkan daun bawang bila suka)

5. Bahan-bahan tambahan (Terpulang kepada anda jika mahukannya)

  • Tempe (digoreng)
  • Tahu (digoreng)
  • Kangkung (dicelur)
  • Timun
  • Kobis

Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu dah goreng, sambal dah siap sup pun dah masak sekarang tinggal kita sajikan untuk sajian keluarga tercinta

Kini anda boleh menikmati nasi ayam penyet sepuasnya! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Kuih Bahulu Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *