Assalamualaikum….

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak, Apa khabar semua? Harap2 semua sihat2 belaka ye. Ibu2 kat rumah tu gamaknya masa ni mesti tengah sibuk kat dapur kan… Yelah.. nanti nak kena jemput anak2 balik sekolah pulak.. Tak dapat nak gambarkan kesibukan ibu2 kat rumah.. tiap hari dengan rutin yang sama…

Oklah.. berbalik pada resepi untuk hari ni… nak aku kongsikan resepi ayam goreng kegemaran anak2. Kalau goreng ayam cara gini.. anak2 memang berebut2 makan terutama bahagian serdak tu habis licin semua dikutip & dicolek.. hehe.. Sebenarnya.. aku sendiri pun suka juga.. hehe..

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak

Ayam yang digoreng tu memang secukup rasa & yang paling best bila dpt makan bahagian serdak2nya tuh. Oleh kerana terlampau suka sangat ayam goreng berempah tu.. aku pun godek2 ler bereksperimen sendiri kat rumah. (takkan nak mintak resepi dengan tauke gerai tu pulak kan.. hehe..) Walaupun masih tak menyamai 100% ayam goreng kat gerai nasi lemak tu.. tapi rasanya dah hampir2 nak sama.. dari segi wangi baunya & juga rasanya dah hampir sama 90%. Cuma.. serdak yang aku dapat lebih rangup & berderai sedikit berbanding yang jual kat gerai tu yang agak basah2 & melekat2 sikit.. mungkin yg kat gerai tu letak gula lebih sikit atau ada ditambah madu agaknya.. Tapi overall aku memang dah puas hati dengan ayam goreng berempah yang aku buat ni… (sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. hehe.. ehh.. suami & anak2 pun dah puji juga tau!) Bila menggoreng aje.. memang satu rumah berbau harum.. rasanya.. jiran2 pun merasa jugak baunya.. kekeke… fuhh.. macam tak sabar2 nak makan hehe.. Makanya hari ni.. dengan ikhlasnya aku kongsikan resepi ayam goreng yang sangat sedap ni.. sudi2lah mencuba ye.. Tapi sebelum mencuba.. pastikan kat rumah u all mesti ada penapis gorengan yang berlubang agak halus tu ye.. ala… penapis yang biasa makcik2 jual goreng pisang guna tu.. tapi pilihlah yang berjaring agak halus sikit… sebab tapisan tu perlu untuk proses nak menyaring serdak2 yang sedap tu.. tapi jangan salah guna penapis santan pulak ye.. hehe..

Ok jom aku kongsikan resepinya..

Bahan Bahan

  • 1ekor ayam saiz besar
  • 1 sudu besar Gula
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak masak secukupnya
  • Penapis gorengan berdawai halus
  • 1 cawan Tepung goreng ayam (jenama apa2pun)
  • 3 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
  • 4 Tangkai daun kari ( terpulang)

Baca Juga : 

Bahan Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 1 ½ – 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (aku hiris ja dalam 2-3 hiris)
  • 1 ½ – 2 inci halia ~ Hiris
  • 8 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan &
    potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai
  • 1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
  • 2 sudu besar rempah ketumbar biji
  • ½ sudu besar rempah jintan manis biji
  • ½ sudu kecil rempah jintan putih biji (aku tak letak)

Cara Cara  menyediakan.

1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos.

2. Bahan2 kisar di atas. guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai. (boleh juga guna Pengisar kering)

3.Tuang bahan kisar tadi ke dalam bekas berisi ayam . Masukkan serbuk kari daging , tepung goreng ayam dan daun kari.Masukkan gula dan garam secukup rasa bergantung kepada selera masing-masing .Gaul sebati.Perapkan ayam selama 30 minit hingga satu jam (minimum).Lebih elok semalaman

4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali

5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak.

6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain

Dan siap ! Mudah bukan? Alhamdulillah , Selamat Mencuba…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Pencarian resepi :

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak – Teman Berbuka Puasa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *